Isnin, 5 November 2012

Doa Buat Anakanda Nur Lina Farhana

Hari ini adalah hari penting buat anakanda Nur Lina Farhana. Ude akan memulakan perjuangan dalam peperiksaan SPM. Moga Ude dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. Ibu, ayah, Along, Angah dan adik-adik sentiasa mendoakan kejayaan Ude.  

Good luck Ude!!!!!!

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan-Mu, kami mohon kerahmatan-Mu, kami mohon taufik dan hidayah-Mu, ya Allah. 

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. 
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada-Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai-Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, 
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu-Mu. Tetapkan niat di hati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana-Mu ya Allah. Semata-mata kerana-Mu ya Allah. Semata-mata kerana-Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada-Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu-Mu ya Allah. 
Ya Allah,
Hari ini, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan SPM ya Allah. Kami mohon kepada-Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah. 

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami pada hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. 

Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak-anak kami nanti. Dorongkanlah hatinya untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak-anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba-Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada-Mu. Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada-Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin dalam kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabatku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. 

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah-Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak-anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga-Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka-Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan-Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat-tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa-doa kami ini. Kami memohon kepada-Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepada-Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada-Mu kerana Engkaulah yang maha Mengkabulkan doa-doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

20 ulasan:

  1. Semoga doa mu diangkat ke langit!

    BalasPadam
  2. insyaallah Ude pasti yakin boleh! Sama2 kita doakan

    BalasPadam
  3. aminnnn ya rabb...semoga anak akak berjaya dunia akhirat!

    BalasPadam
  4. ameen...

    gud luck utk ude juga!

    BalasPadam
  5. good luck uda...rupanya anak sis sebaya ngan sis nza ekk...^^

    BalasPadam
  6. Doa ibu..insya-Allah dimakbulkan Allah. Selamat berjaya Ude..

    BalasPadam
  7. gud luck utk ude..
    InsyaAllah...Ude akan berjaya nnti..

    BalasPadam
  8. gud luck ude...achik doakan agar ude dan angah nadiah dipermudahkan menjawab soalan SPM dan beroleh kejayaan cemerlang nnti...InsyaAllah..aminn....

    BalasPadam
  9. Amin,amin,amin..ya Allah perkenankanlah doa sahabatku ini.

    good luck uda, do your best. Moga Allah permudahkan.

    BalasPadam
  10. Saya turut mendoakan Ude akan tenang segalanya dipermudahkan ketika berada di dewan peperiksaan dan InsyaAllah akan mendapat kecemerlangan dalam keputusannya nanti.

    Sampaikan salam saya padanya. Yakin pasti boleh!

    Dan dari apa yg saya baca di blog Sal, Ude juga seorang yg pintar. Alhamdulillah! Sal ibu yg bertuah!

    BalasPadam
  11. Good luck Ude...Do your best k :-)
    Wilma doakan agar Ude dapat menjawab soalan SPM dengan baik seterusnya dapat keputusan yang baik nanti ^_^

    BalasPadam
  12. as salam

    semuga dia berjaya dengan cemerlang..berjaya di dunia dan akhirat..aamiin :)

    BalasPadam
  13. Amin...amin...amin. Semoga berjaya dgn cemerlang.

    BalasPadam
  14. semoga dipermudahkan menjawab semua soalan exam.gud luck utk ude!

    BalasPadam
  15. semoga anak akak berjaya dalam SPM

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.