Jumaat, 30 November 2012

Bermain Laga Biji Getah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ibu menjengah ke sini. Malam ini ibu bersiaran dari Kuala Terengganu. Kami baru je sampai lebih kurang jam 10.00 malam tadi. Beberapa kali juga pusing keliling Bandar Kuala Terengganu barulah berjumpa dengan tempat penginapan walaupun dah kali kedua menginap di sini.

Tentu masih ingat, ibu ada bertanyakan tentang sejenis buah dalam entri di sini. Ramai yang cuba menjawab dan ramai juga yang meneka dengan tepat. Sebenarnya buah tu ialah buah getah muda.
  
[Google image]

Sebenarnya, buah getah ini mengembalikan ingatan kepada zaman kanak-kanak ibu. Dulu rumah ibu berhampiran kebun getah. Apabila tiba musim panas, suasana kebun getah meriah sekali. Ketika inilah, buah getah yang dah tua meletup memuntahkan biji-bijinya. Irama pup! pap! pup! pap! inilah yang menjadi halwa telinga kami selama berpuluh tahun.

[Google image]

Pada waktu petang, ibu, adik-adik dan rakan-rakan akan ke kebun getah tersebut dan mengutip biji-biji getah ini. Biji getah ini kami gunakan untuk bermain laga biji getah. Dulu manalah ada permainan macam sekarang. Jadi, dapat main laga biji getah inipun dah cukup menyeronokkan. Ada yang pernah main tak? 

Biji getah akan diletakkan di kedua-dua pangkal tapak tangan. Kemudian, biji getah ini akan dilagakan dengan mengepitkannya sekuat hati hingga ada yang pecah. Biji getah yang tidak pecah dikira menang. Ada juga yang menindihkannya di atas lantai sebelum diketuk dengan tapak tangan. Jadi, untuk bermain, kenalah pandai memilih biji getah yang kuat untuk dilagakan. 

Ketika ini jugalah permainan congkak menjadi permainan popular. Lubang-lubang congkak dibuat di atas tanah. Puas bermain laga biji getah, kami bermain congkak pula. Namun, semua ini cuma tinggal kenangan. Kenangan yang akan tersimpan kukuh selagi hayat dikandung badan, Insyaallah. Dan kini, kenangan tersebut ibu kongsikan di sini buat tatapan anak cucu.

13 ulasan:

  1. Budak sekarang mesti pelik dengar permainan ni...sangat2 nostalgik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Zan.. agaknya, gelak diorang tgk permainan kita dulu2

      Padam
  2. bestnya.. teringat masa mia budak2 dulu. nenk pergi menoreh, kami adik beradik main ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main laga biji getah inipun dah cukup buat kita rasa seronok kan, Mia..

      Padam
  3. ingat2...js pun pernah...^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronokkan main permainana ni, js..

      Padam
  4. tak pernah jumpa buah getah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebiasaannya org yg duduk dekat kebun getah je yang tahu prmainan ni Ruha..

      Padam
  5. Tak merasa main mainan ni.....
    2012 Tahunku Yang Kacak - Contest SEO-minta tolong klik Google + bolehkan..kikiki.thanks

    BalasPadam
  6. salam kak mie...peringkat umur sya ni dalam tahun 80-an main biji getah tu gurang gemar sikit...kita orang suka main sorok2 dan main lompat tali...tp budak2 sekrang lagi la kan...mungkin langsung x kenal biji getah ni...hi

    BalasPadam
  7. As salam Kak Salmi,

    Betul pun tekaan Marya! Seronok pulak bila bercerita ttg buah getah ni... agak2 budak2 skrg mesti dah tak kenal dgn buah getah lagi kan... kenangan...kenangan...

    BalasPadam
  8. ayah chot pun ada cte pasal buah ni.tp zaman kami,dah tk de main bnda ni lgi pun ibu..hee..

    BalasPadam
  9. Teringat plak nostalgia masa kecik dulu..hi hi...best sangat main biji getah ni

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.