Selasa, 27 November 2012

Terima Kasih Teman ~ Bukan Tak Nak Kawan


Perkara pertama yang ibu tengok bila buka blog ialah widget followers di sidebar sebelah kanan blog ibu ni. Nak tau juga, makin bertambah ke rakan kita hari ni atau makin berkurang.*Eh, ada ke yang berkurang?  Manalah tahu kot-kot ada yang dah tak suka atau berjauh hati, terus putus sahabat. Harap-harap tak adalah kejadian macam tu kan..

Selepas Ude ke sekolah, terus ibu jenguk teratak maya ibu ni. Alhamdulillah, makin ramai rakan ibu. 
Jangan gelakkan ibu ye. Orang lain teruja dengan follower yang dah mencecah ribuan orang, ibu pulak bukan main seronok lagi dengan follower yang baru mencecah 414 orang. Tak apalah, semua orang bermula dari bawah kan. Apa yang penting ibu amat menghargai rakan-rakan yang sudi berkunjung dan menjadi mengikut blog ibu ni. Sayang kalian..

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang buat ibu rasa tak seronok. Kebiasaannya, ibu akan balas kunjungan semua follower baru dan masukkan blog mereka ke dalam bloglist ibu.

Masalahnya, ada rakan-rakan yang tak meletakkan link blog di profil blogger mereka. Mereka juga tidak meninggalkan jejak lain seperti komen di shoutbox. Jadi, tak dapatlah ibu balas kunjungan mereka seterusnya menyenaraikan blog mereka di bloglist ibu. 

Lepas ni cubalah check blogger profile visibility kalian. Perkara macam ni kita tak perasanpun sebab kita tak klikpun profil blogger kita tu kan.. Hanya orang lain je yang perasan. Untuk pengetahuan pengguna blogger, sekarang ini profil blogger boleh di ditukarkan ke Google+. Ramai yang dah berbuat macam tu termasuk ibu.

Bagi rakan-rakan yang dah follow blog ibu, sudilah kiranya berkunjung ke Bloglist Ibu Berbicara. Sila tinggalkan komen andai blog kalian tidak tersenarai dalam bloglist tersebut. Bagi yang dah letakkan blog ibu di bloglist masing-masing, sila maklumkan juga kerana blog kalian akan ibu senaraikan di bloglist utama blog ibu ni.


p/s: Tanpa pengunjung dan rakan followers siapalah ibu di dunia maya ini.

15 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. wahhh ibu,bermadah lagi tu..thanks atas tips ibu bagi tue..menarik..^^

    BalasPadam
  3. salam..
    betul tu kekadang yg follow tnpa tinggalkn jejak.. susah nk follow balik kn..
    mmm..tips bguna ya ibu..TQ..:)

    BalasPadam
  4. betul ckp ibu tue .. kdng2 serba slah. bkn xnk follow blk tp cari xjupa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah Yana.. Diorang tak tahu kot..

      Padam
  5. Memang seronok bila tgk follower bertambah. Ada gak follower yg dah follow pastu unfollow...hurmmm....Tapi tulah, bila ada yg follow tapi tak tinggalkan link.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan Fiza.. seronok bila follower bertambah.

      Padam
  6. Salam,

    Saya Diyana Rahman, agak baru dalam blogging. sila lah singgah..

    http://diyrahman.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. T kasih sudi singgah & follow. Dah ke blog Diyana & dah follow..

      Padam
  7. betul kan.. at least ada gak follower tanda ada yg ke blog kita..

    BalasPadam
  8. betul tu ibu..ada antaranya yg susah saya nak follow balik sbb takde link.

    BalasPadam
  9. cantik blog nie... hehehe berkenan pulak tgok2 cini :P

    BalasPadam
  10. memang seronok kalau tengok follower makin bertambah...
    betul tu ibu,,, tanpa pengunjung dan follower siapalah sy di alam maya ni..

    BalasPadam
  11. saya dah masukkan ibuberbicara dalam bloglist saya. Blog yang mesti selalu saya kunjungi.

    BalasPadam
  12. maaf lambat saya berkunjung balas ke blog ini. sibuk dengan sukan. badan pun sakit-sakit. perlukan rehat yg banyak

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.