Rabu, 12 Disember 2012

12.12.12 ♥ 12:12

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dipanjangkan usia untuk meneruskan kembara di bumi-Nya ini. Akhirnya dapat juga bertemu dengan  tarikh dan masa yang cantik ini. Marilah kita bersyukur atas kesempatan yang dikurniakan Allah ini. 

Tiga kurniaan Allah yang amat berharga buat manusia adalah usia, waktu, dan kesempatan hidup. Jika orang Barat menyatakan bahawa waktu adalah wang (time is money), bangsa Arab mengibaratkan waktu laksana pedang yang jika tidak ditebas ia akan menebas, Islam pula mengajarkan waktu adalah kehidupan. Oleh itu, mensia-siakan waktu bererti mensia-siakan kehidupan. 

Ayuh sama-samalah kita memanfaatkan sisa-sisa waktu yang masih ada ini sebaik mungkin. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak.

p/s: Selamat hari lahir buat anakanda Muhammad Faiz Izzuddin

21 ulasan:

  1. Selamat hari lahir Muhammad Faiz Izzuddin.

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir juga.. :)
    akk dah dapat hdiah dari segmen awekcool ke? sy dh smpai hrini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mimie.
      Akak pun dh dapat tadi.

      Padam
  3. Assalamualaikum ibu, selamat hari lahir buat anak ibu. sampaikan salam assalamualaikum ye. sheila pun bersyukur sangat masih hidup dan dikurniakan suami yang baik :)

    BalasPadam
  4. slmt hari lahir buat muhammad faiz izzudin..moga pnjang umur dan jadi anak yg baik buat ibu..:)

    BalasPadam
  5. selamat hari lahir izzudin...

    semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki berlipat kali ganda dan berusaha perbaiki diri...

    BalasPadam
  6. happy birthday buat faiz. semoga menjadi anak yg soleh dan berguna kpd ibu bapa ya. hari ini juga anniversary saya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..
      Terima kasih Sue.
      happy anniversary Buat Sue & suami.

      Padam
  7. masa memang terlalu cepat berlalu..semoga kita bukan tergolong dari org yg mensia-siakan waktu .
    Selamat hari lahir untuk faiz.

    BalasPadam
  8. masa berlalu sangat cepat..sekejap saja kita dh bertemu dengan tarikh 12.12.12.selamat hari lahir juga buat faiz..:)

    BalasPadam
  9. a'aa kan..
    hb buat faiz
    semoga dikurniakan kesihatan yg baik...

    BalasPadam
  10. ibu...sampaikan salam hari lahir kepada putera ibu... Muhammad Faiz Izzuddin....

    betul tu ibu...setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak...

    terima kasih ibu sebab tolong inform Farah pasal Pemenang Segmen Kak Mia tu... ^_^ syukran...

    BalasPadam
  11. selamat hari lahir buat Muhammad Faiz Izzuddin....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.