Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Memandangkan petang ini tak ke mana-mana, dapatlah luangkan masa mengadap cik lappy lebih lama. Semasa jalan-jalan ke blog rakan, terjumpa segmen dari ciklaili.com ni. Ciklaili berbesar hati membuka bloglistnya yang akan bertahan selama setahun kepada para blogger. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada blogger mempromosi blog masing-masing di ciklaili.com dan berkenal-kenalan dengan blogger lain.
Wah, cukup menarik kerana bukan mudah untuk berada di carta bloglist blogger tersohor macam Ciklaili! Lagipun, dengan hanya dua langkah mudah; buat entri dan like fanpage Ciklaili, kita sudah layak menyertai segmen ini.
Berikut adalah catatan bagi memenuhi syarat menyertai Bloglist Setahun Dari ciklaili.com
Saya amat tertarik dengan entri 15 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak. Sebagai guru, kita tidak dapat lari daripada masalah disiplin para pelajar. Jelas sekali, kesilapan-kesilapan yang Ciklaili senaraikan adalah penyumbang kepada masalah tersebut. Walaupun entri ini sangat ringkas namun secara tidak langsung dapat membantu para ibu bapa menilai cara didikan yang diaplikasikan kepada anak-anak seterusnya memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.
Selain itu, entri Earning Nuffnang RM4,404.14 juga amat mengujakan saya. Wah, tidak saya sangka part-time blogger macam Ciklaili mampu memperoleh pendapatan sebanyak itu daripada nuffnang! Bagi saya, pendedahan ini secara tidak langsung meningkatkan motivasi dan membakar semangat para blogger lain termasuk saya sendiri untuk terus menulis dan berkarya di blog masing-masing.
Tentang cadangan penambahbaikan ciklaili.com pula, sejujurnya segan saya untuk berbuat demikian kerana ilmu dan pengalaman dalam dunia blogging ini masih terlalu cetek. Namun, apa kata jika Ciklaili letakkan site info seperti traffic rank, pageview dan page rank di sidebar ciklaili.com.
Akhirnya, terima kasih buat Ciklaili kerana memberi peluang kepada saya untuk bertakhta selama setahun di bloglist ciklaili.com. Moga ciklaili.com akan terus sukses. Buat rakan-rakan blogger lain, Marilah sama-sama kita memeriahkan segmen
Ciklaili ini. Klik banner untuk turut serta.
P/s: salam perkenalan buat Ciklaili.
wow byknya dpt...yah langsung xperduli ttg iklan2 tu...pw pn dh lupa...huhuhu....
BalasPadamAkakpun tak kisah sangat tentang tu Yah tapi teruja bila tgk org dpt byk mcm tu..
Padamwahhh.... selamat bersegmen..
BalasPadamTerima kasih Mia
Padamterima kasih kerana sudi join.
BalasPadamciklaili.com tak tersohor mana pun. blog cikgu yang biasa2 saja. seronoknya dapat jumpa seorang lagi blogger cikgu.
selamat kembali bertugas & semoga blog ini akan terus maju di masa akan datang.
Terima kasih cik laili. Harap2 dpt ikut jejak ciklaili.com hehe..
Padamselamat berbloglist kak..bestnye nuffy dia kan kak :)
BalasPadamYelah Tihara, bestnya dpt banyak macam tu.
Padambyk tu pndptan dri nuffnang.
BalasPadamBanyakkan? teruja tengok angka tu..
Padamselamat bersegmen ibu...
BalasPadambanyak earning yang ciklaili dapat...
Terima kasih Ruha.
Padamwahh,all the best :)
BalasPadamTerima kasih Nazmin.
Padamselamat bersegmen k....
BalasPadammselim3
Terima kasih
PadamTerima kasih.
BalasPadam