Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dalam tempoh seminggu ini, ramai rakan blogger guru bercerita tentang mesyuarat di sekolah masing-masing. Tidak kurang dengan blogger bergelar ibu, mama, ummi yang berbicara tentang persiapan persekolahan anak masing-masing. Moga semuanya telah bersedia untuk menghadapi sesi persekolahan 2013 yang hanya tinggal dua tiga hari sahaja lagi.
Seperti rakan-rakan lain, ibu juga telah menghadiri mesyuarat di sekolah pada hari Rabu, 26 Disember yang lepas. Macam biasa, yang paling ditunggu-tunggu adalah senarai tugasan untuk tahun baru. Ermm.. terkejut juga apabila melihat senarai tugasan dan jawatan untuk tahun 2013. Namun ibu tak mahu jadikan itu masalah besar sebaliknya menganggap itu semua adalah cabaran yang perlu dihadapi. Insyaallah sentiasa cuba berfikiran positif agar diri tidak diselubungi stress.
Tahun 2013 bakal menjadi tahun yang mencabar lagi buat ibu. Seperti tahun ini, ibu dipertanggungjawabkan mengajar kelas ketiga tahun 6. Yang menjadikan ia lebih mencabar, ibu perlu mengenali murid-murid kelas ini terlebih dahulu kerana tidak pernah mengajar mereka sebelum ini. Tempoh setahun bukanlah lama, namun seperti dinyatakan sebelum ini, ibu anggap ini adalah cabaran. Insyaallah akan terus mencuba selagi terdaya.
Sebagai persediaan untuk murid-murid ibu, ibu dahpun membuat pautan ke Bank Soalan UPSR, PMR dan SPM di blog ini. Melalui pautan ini, murid-murid atau pengunjung blog ini dapat menjawab terus soalan yang disediakan secara atas talian.Lihat di bahagian sidebar blog ini dengan tajuk JOM BELAJAR.
Terima kasih buat laman web BTPN Negeri Pulau Pinang yang menyediakan kemudahan ini. Moga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru dan murid.
SELAMAT MENJAWAB SOALAN
Wow...Nice~Tapi UPSR dah lepas dah.PMR pun sudah,tunggu SPM jer..XD
BalasPadamDua tahun tu tak lama KC..
PadamMengajar kelas belakang,,,kadang2 memang menuntut kesabaran yang tinggikan..moga allah permudahkan segalanya
BalasPadamBetul tu, banyak cabaran mengajar kelas belakang ni..
PadamTunggu anak eiqa laa, ehh.??
BalasPadamhehehheeee
ampun ibu ampun..
gurau di petang hari.. hehe
Sekarang semuanya dalam perubahan. Anak Eiqa nanti dah guna yg lain.
PadamPsttt.. bila agaknya tu??
anak kedua kathy akan menghadapi upsr 2013. terima aksih info ni..:)
BalasPadamSama-sama Kathy.
PadamSelamat belajar buat anak Kathy..
wah senang nye budak2 sekarang...semua ada di hujung jari...
BalasPadamBetul tu Timi. Semuanya telah tersedia, terpulang pada diri rajin atau tidak je..
Padamibu terrbaik lah.. jd blogger guru idola saye.. hihi selamat menjalankan tugas ye ibu, moga Allah melimpahkan rahmat pada ibu :)
BalasPadambagusnya..bermanfaat buat para pelajar yg bakal duduki upsr..zaman dh canggih..klu dulu kelam kabut jugak nak ke kedai buku carik cth soalan upsr
BalasPadamDOAKAN CYE CMOGA DPT 5A .... AMIN
BalasPadamBLH BGI CYE TIP2 UTK DPT 5A .....
BalasPadamminta minta saya dapat 5A....
BalasPadamwah online pulak...makin canggih =D
BalasPadamHarap harap 5At
BalasPadam5A!
BalasPadamya allah ya tuhanku dapatkanlah aku 5A dalam UPSR
BalasPadamAMIN....
Saya harap saya dpt 5A dlm UPSR TAHUN NI..
BalasPadam