Isnin, 10 Disember 2012

Catatan Dari Gaza

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sebak apabila ibu baca catatan Farrah Adeeba yang sedang menyertai Misi Solidariti Gaza ini. Tika kita menyanjungi semangat kental rakyat Palestin berjuang menentang israel, rupa-rupanya rakyat Palestin juga amat menyanjungi dan menghargai kita; rakyat Malaysia.

Catatan ini ibu petik dari FB Heliza Helmi...

SubhanaAllah semangat ukhwah di "Perhimpunan Batu Dari Neraka" atau "Intilaqa Hijarat Min Sijjil" cukup luar biasa. Ia merupakan simbolik bagaimana burung burung kecil ababil mampu mengalahkan tentera gajah lagi gagah & hebat. Itulah perumpamaan kami yg berada di sini. Kami bertemu saudara (saudari) dari Eropah, tanah arab lain & Malaysia dpr pelbagai NGO.

Senyuman wanita Ghaza berbeza hari ini. Dimata mereka ada harapan. Harapan anak-anak mampu menjalani kehidupan lebih baik dari semalan. Punya peluang pendidikan & yg paling penting peluang untuk si kecil terus hidup!

Namun jika benar-benar ditenung jelas luka semalam masih tegar dlm memori. Ada yg menceritakan pengalaman serangan beberapa minggu lalu. Mereka menggigil dan saling berpelukan setiap kali bom dijatuhkan yahudi zionis laknatullah. Itu buat yg tinggal jauh dari lokasi serangan. Bayangkan apa yg dilalui mereka khusunya anak-anak kecil yg tinggal di tgh kota Ghaza. Muhammad bin Lubbat, 12 tahun tidak bercakap selama 3 hari apabila 15 ahli keluarganya termasuk ibu tercinta dibunuh kejam dek serangan tidak berperikemanusiaan. Trauma yg maha dasyat. Tak mungkin kita orang dewasa mampu menanggungnya. Ya Allah lindungilah anak ini.

Di perhimpunan begitu ramai wanita Palestin datang & memeluk kami. Mereka mengatakan sayang & cinta kpd rakyat Malaysia. Mereka sibuk memastikan kami ada kerusi utk duduk, walhal mereka sendiri perlu berdiri. Mereka pastikan kami yg kecil ini tidak dihimpit, tidak sesat, tidak lapar & dahaga. Mereka tunjukkan jln malah sanggup berjalan jauh utuk pastikan kami tidak hilang arah. Mereka berikan kami buah, roti & air kerana risau kami lapar & dahaga. Semua ini dilakukan oleh wanita yg berbeza. Layanannya tetap sama. Bagaikan saudara.SubhanaAllah. Tiba-tiba hati saya terdetik. Walhal itulah yg kami cuba lakukan selama ini utk mereka dari Malaysia. How our roles have changed in a blink of an eye today.

Ada seorang gadis merapati kami dan berkata "you are my hero" (sambil memandang Heliza Helmi & saya). Saya sangkakan saya tersilap dengar. Sambil tersenyum dia mengulang "you are my hero". Saya menjawab "No. You are the hero. It was you who had to face the enemy". Dengan pantas dia menjawab "without your help we could not have fought the Israelis. So you are the hero". There was a lump in my throat. Sebak. Begitu rupanya pandangan mereka terhadap rakyat Malaysia. Saya & Heliza saling berpandangan. Kami terkedu.

Sebelum berpisah seorang wanita berpurdah berkata "InsyaAllah bertemu lagi, di Jannah".

-Farrah Adeeba

p/s: Ayuh, kita buktikan kata-kata mereka. Teruslah membantu rakyat Palestin dengan menghulurkan bantuan kewangan..

4 ulasan:

  1. yaaa..terruskan membantu mereka

    BalasPadam
  2. Kuatkan semangat rakyat palestin....

    BalasPadam
  3. done folow kamu..thanks singgah

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, masyallah sedihnya sheila baca. kasihan umat Islam di Gaza terutama kanak2. Ya Allah lindungilah mereka :'(

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.