Jumaat, 14 Disember 2012

Hadiah Dah Sampai. Terima Kasih, Zuhanif!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 
Kelmarin lagi ibu draf entri ni tapi tak sempat siap. Dua hari ibu sibuk menyiapkan hantaran pertunangan sepupu ibu. Alhamdulillah, malam tadi semuanya siap beres. Pagi-pagi tadi mereka dahpun bertolak ke Kota Bharu
Sebelum ini ibu pernah buat entry Rezeki Bersegmen tentang kemenangan ibu dalam Segmen Awek Cool anjuran Aweekcool.com. Ibu adalah pemenang ketiga dalam segmen tersebut. Entri penyertaan ibu ada di sini
Alhamdulillah, kelmarin ibu dahpun terima hadiah kemenangan ibu. Terima kasih buat Zuhanif
Set krim mandian dengan empat haruman iaitu sheer freesia, ocean breeze, rose garden dan blooming magnolia. Petang itu juga, dua orang anak bujang ibu dah rasmikan haruman ocean breeze.
Bersama set mandian, disertakan sekali kupon diskaun dari Seindah Kristal. 
Berdasarkan entri-entri di Awekcool, ibu agak pemiliknya adalah wanita. Zuhanif pulak singkatan namanya dan suami. Betul tak Zuhanif? Kalau salah maafkan akak ye..
Setelah baca beberapa entri di Awekcool, barulah ibu tahu rupa-rupanya Zuhanif ni seorang usahawan berjaya. Bermacam-macam perniagaan yang dijalankannya. Selain Awekcool, Zuhanif ada tiga blogshop berkaitan perniagaannya. Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah berkunjung ke Awekcool.
Buat Zuhanif, terima kasih ibu ucapkan. Moga murah rezeki dan perniagaan bertambah maju. 

21 ulasan:

  1. Tahniah Salmi. Bolehlah dimanfaatkan hadiah tu, kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..
      Betul Kakcik, dah guna pun..

      Padam
  2. Tahniah kak.. wah mesti harum semerbak dengan krim mandian baru :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Zefa.
      Memang harum baunya. Anak2 suka..

      Padam
  3. Assalamualaikum ibu, taniah ye :)

    BalasPadam
  4. banyaknye..puas mandi..tahniah :)

    BalasPadam
  5. waaa..bestnya hadiah akk.. :)

    BalasPadam
  6. Wah malunya huhuhu Thanks ibu promot sy n blog heheheh malu sangat ni :) thanks juga atas doa2 ibu moga2 ibu juga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindunganNYA. Zuhanif mmg gabungan nama saya Zu (Zuraidah) n suami Hanif (Mohd Hanif. Mimie Najib hadiah kamu pun Special juga :) Ibu thanks again huhuhu ibu terlalu memuji malu la :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada yg nak dimalukan, Zu. Gembira bila dpt berkenalan dgn seorang lagi usahanita mcm Zu. Moga ukhwah ini akan berpanjanga..

      Padam
    2. InsyaAllah Ibu segalanya dgn izin Allah :)Gembira juga dapat kenal dgn ibu :)

      Padam
  7. seronoknyaa.. ibu memang murah rezeki la.. hehe tahniahh :)

    BalasPadam
  8. bestnya... tahniah ibu... :)

    BalasPadam
  9. Tahniah ibu, murah rezeki...menarik hadiah tu..memang berbaloi coz kalau nak beli..boleh tahan jugak harga satu set..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.