Khamis, 20 Disember 2012

Kejayaan Milik Setiap Insan

 
Akhirnya penantian penuh debaran berakhir juga. Semalam, 19 Disember 2012 telah diumumkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Buat anak-anak yang cemerlang, 

Tahniah diucapkan. Akhirnya segala jerih-perih selama ini berbayar sudah. Sesungguhnya, kejayaan kalian turut membahagiakan banyak pihak. Ibu bapa, sanak saudara, guru-guru dan sahabat handai sudah tentu gembira bersama-sama kalian. 

Namun ingatlah, kejayaan yang berada dalam dakapan kalian hari ini hanya pinjaman. Justeru, jangan sesekali lalai dan leka. Perjalanan kalian masih jauh. Perjalanan ini bakal menuntut pengorbanan yang lebih besar daripada kalian. Larry Bielat pernah berkata, "Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik." Moga kalian terus cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Buat anak-anak yang belum cemerlang, 

Jangan sekali-kali berputus asa kerana masih banyak peluang lain yang boleh kalian raih. Jangan sesekali berhenti untuk mencuba. Henry Ford pernah berkata, “Kegagalan itu merupakan satu kesempatan untuk mendapatkan peluang yang lebih baik.” Justeru, jadikan kegagalan itu sebagai satu proses menuju kejayaan dengan memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan.

Thomas Alpha Edison adalah orang yang paling gagal tetapi dia jugalah yang paling berjaya. Beliau mengalami kegagalan demi kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Justeru, jangan terus meratapi kegagalan hari ini. Bangkitlah walaupun telah jatuh berkali-kali. Ingatlah, kejayaan adalah milik setiap insan. Orang yang gagal adalah orang yang telah berhenti untuk mencuba.

Ps: Tahniah buat dua orang anak saudara ibu, Afham Zafran dan Muhammad Ariffuddin.

20 ulasan:

  1. betul tu...kepada sesiapa yg kurg cemerlang dalam PMR bukanlah bererti dunia dah berakhir...masih ada peluang utk lebih berusaha dalam SPM...

    apa2 pun tahniah kepada semua calon2 PMR yg cemerlang smlm termasuk 2 org anak saudara ibu tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Hatimi.
      Setuju, yang penting jangan mudah berputus asa.

      Padam
  2. Tahniah buat semua calon PMR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tahniah buat mereka. Khabarnya, pencapaian murid luar bandar lebih baik tahun ni.

      Padam
  3. salam ukhuwah..
    Tahniah kpd anak2 PMR juga kepada anak2 buah..

    BalasPadam
  4. tahniah buat mereka...
    tahniah juga buat anak2 buah ibu... ^_^

    BalasPadam
  5. in syaa Allah .. Perlu berusaha gigih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Nazmin.
      Kena jadi yang terbaik.

      Padam
  6. Gembira bila dengar berita anak2 melayu berjaya mendapat keputusan cemerlang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batul tu Cik Rose.
      Dengar khabarnya pencapaian murid luar bandar lebih baik kali ni.

      Padam
  7. Tahniah kpda yg berjaya...juga tahniah kpda anak buah akak...

    BalasPadam
  8. Ya, moga yang kurang berjaya tu bangkit semula meneruskan perjuangan

    BalasPadam
  9. tahniah pd yg berjaya. TQ share cerita juga ye

    BalasPadam
  10. salam,akak.
    sy tag akak...hehe ^_^
    http://coretanhatisigadis.blogspot.com/2012/12/kind-of-girlboy-that-im-attracted-by.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalalikum salam Aisyah.. Insyaallah akak join andai berkesempatan

      Padam
  11. Kejayaan milik semua, teruskan usaha, jangan putus asa.
    Tahniah kepada yang berjaya termasuk kepada kedua2 anak saudara Mi.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.