Selasa, 25 Disember 2012

Projek Jemari Emas 23.12.12


Kalau tengok tajuk di atas, memang gempak habiskan? Hehehe.. janganlah tertipu ye. Ini adalah projek kecil ibu dua hari lepas bagi mengisi masa lapang. 

Sebenarnya, ni projek flower ball untuk digantung dalam kereta. Dah agak lama projek ini tertangguh. Kononnya, nak gantung dalam kereta baru tapi dah merata-rata kereta tu pergi, projek tak juga bermula. 

Bukanlah susah sangat nak buat bunga ni tapi ibu ni memang cerewet. Jika menghasilkan sesuatu kalau boleh nak sesempurna yang boleh. Walaupun bunga ini kecil je tapi ambil masa juga nak menyiapkannya. Setiap kuntum bunga ibu gamkan betul-betul pada span supaya kemas dan kuat. Jadi, kalau jatuh berkali-kalipun bunganya tak tertanggal.

Bahan dan peralatan yang digunakan, dibawa dari Jerantut.

Dua hari lepas, bermulalah projek tertangguh yang satu ni. Mengadap dari petang, hampir tengah malam baru siap. Mulanya bercadang nak terus gantungkan dalam kereta tapi bimbang orang ingat ibu mengigau. Dalam soal ni ibu memang kurang sabar. Pagi tadi dah suruh ayah gantung dalam kereta. Puas hati sebab dah berhiaspun kereta ibu.


Opss, terlupa ambil gambar yang dah siap. Sekejap ye..

Inilah flower ball yang dah tergantung dalam kereta ibu. Nasib baik ayah tak kata apa-apa. Mana tidaknya, bunga pink tergantung dalam kereta.*Dalam hati tak taulah pulak hehe.. 

P/s: Dah siappun untuk sendiri. Lepas ni kena buat lagi untuk rakan-rakan yang dah lama menempah.

34 ulasan:

  1. Pergghhh..Cantek betul bunga tu.Pandai ibu buat ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih KC.. Bolehlah sikit-sikit

      Padam
  2. cantik.... dapat idea dah.... tq

    BalasPadam
  3. Salam kenal Nor Salmi.

    Terima kasih singgah blog kak ani. ni kak ani dah follow blog Nor yer.

    Kreatif nor buat flower ball. Satu idea yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal Kak Ani.
      Terima kasih sudi berkunjung.

      Padam
  4. comel dan cantik... ^_^

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Kebetulan cuti sekolah ni, Mia. Mengisi masa terluang.

      Padam
  6. wahh...cantik lah Kak... klu dekat mau juga sy tempah..hehe:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Atie.
      Boleh tempah online Atie. hehe

      Padam
  7. cantiknya.... betul la kalu dekat boleh tempah

    BalasPadam
  8. CANTIKNYA!!!!!...Mr M kalau yah gantung apa2 dlm kereta jap je hilang....suka je dia buang..bila tnya dia buat muka poyo......Hish!!!geram betul....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada yang macam tu Yah. Ada yg kata serabut bila tgk benda bergantung kat depan muka.. hehe

      Padam
  9. cantik la sis...bole jual la nih...salam kenal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fya.
      Memang ada ambik tempahan, Fya tapi yang ini utk sendiri.

      Padam
  10. cantikk..boleh bukak kedai bunga ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tihara.
      Impian akak tu..

      Padam
  11. Cantik & sgt2 kreatif lah

    BalasPadam
  12. cantik..kratif betul!
    ada yang menempah..boleh buat side income dah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Yaya.
      Boleh buat time cuti sekolah je, Yaya.

      Padam
  13. Assalamualaikum. subhanallah comelnya ibu! suka tengok hasil kreativiti ibu! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Terima kasih Sheila. Minat ibu sejak dulu lagi ni..

      Padam
    2. alhamdullilah. mesti rumah ibu cantik dan kemas dengan perhiasan menarik ni. sukanya!

      Padam
  14. cantik sangat kak... kalau kreatif buat apa pun jadi. suka izan tgk~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Izan.
      Buat kraftangan dan gubah-menggubah ni minat akak sejak zaman sekolah lagi.

      Padam
  15. serius sangat cantik.berseni betullah tangan kak mie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PK. Bolehlah sikit-sikit.

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.