Selasa, 18 Disember 2012

Saat Musibah Menyapa...


Saat menghadapi musibah walau sekecil manapun kita sering bertanya, "Mengapa jadi begini?" atau "Mengapa aku?". Tidak kurang juga, segala musibah disambut dengan rasa terkejut, kecewa, sedih mahupun marah.  

Bukankah tatkala dilanda musibah, Rasulullah SAW telah menganjurkan kita agar mengucapkan

 إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah pahala atas musibah yang melandaku ini, dan gantikan untukku suatu yang lebih baik darinya." (HR Muslim 2/632).
Itulah cerminan seorang muslim yang mampu menerima setiap takdir daripada Allah dengan sebuah kesabaran.

Kita perlu ingat bahawa setiap daripada kita tidak sunyi daripada ujian Allah. Terkadang, ujian datang bertimpa-timpa. Saat itu, mulalah hati resah, hidup menjadi tak tentu arah, setiap yang dikerjakan pula dirasakan susah. Barulah kita insaf, barulah ingat di mana Allah.

Yakinilah sesungguhnya setiap musibah dan ujian hidup adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita. Allah datangkan pelbagai ujian dan musibah kepada kita kerana Dia tahu kita adalah hamba yang mampu menghadapi ujian-Nya. 

Ketika ditimpa musibah dan cubaan, renungkanlah bahawa...
  • Manusia dan hartanya adalah milik Allah. Setiap satunya akan kembali kepada penciptanya.
  • Allah akan menggantikan sesuatu yang hilang dengan yang lebih baik.
  • Mengeluh hanya akan menambah derita, bukan menghilangkan musibah.
  • Berkeluh kesah hanya membuatkan musuh kita senang manakala Allah akan murka. 
  • Sabar dan mengharap pahala itu lebih besar ganjarannya daripada mengharap yang telah hilang itu kembali. 
  • Sikap redha terhadap musibah disenangi Allah.
  • Allah tidak akan menimpakan musibah untuk membinasakan hamba-Nya, bahkan untuk menguji kekuatan iman hamba-Nya.
  • Musibah datang untuk menghindarkan kita daripada sifat riak dan sombong. 
  • Adalah lebih baik merasai kepahitan hidup di dunia untuk mendapatkan kelazatan kehidupan di akhirat.

Jangan biarkan ujian dan musibah menjarakkan kita dengan Allah. Ambillah pengajaran daripadanya buat bekalan menempuh kehidupan.

Kredit:Google image

P/s: Sebagai peringatan buat diri sendiri juga agar tabah menghadapi ujian demi ujian.

22 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu, terima kasih berkongsi ilmu.. baru semalam sheila kena marah dgn bos, pastu nangis tapi skrg dah ok. lepas think positive dan muhasabah diri, alhamdullilah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sheila, kena berfikiran positif. Itulah yang akan buat kita semakin sabar dan tabah.

      Padam
  2. Assalamualaikum...

    memang betul, kalo tak diuji sebegini bukan manusia beriman kepada Allah.

    Terima kasih memperingati diri saya sendiri.

    semoga Allah membalas kebaikan kita di dunia & akhirat kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, Mazri. Jika tak diuji kita pasti leka dan hanyut dlm arus dunia ni.

      Padam
  3. aaminn.. kite susah nak marah sangat@amik hati smpai berhari hari tapi kalau sampai limit kite tak tahan jugak. Thanks bagi doa ni.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah maha mengetahui, Maria.. Kita diuji dan terus diuji kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya. Cuma kita kena kuat dan teus kuat.

      Padam
  4. Sentiasa berfikiran positif,nanti yang datang in syaa Allah positif juga .. ye tak ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju...saya tahun nie mmg malang sgt...tapi alhamdulillah saya mampu sabar..ya...Allah sedang menguji :) dan Allah ganti yang lebih baik pada saya...

      Padam
    2. Setuju.. Sabar itu paling utama. Andai kita sabar, insyaallah jiwa akan tenang.. (berdasarkan pengalaman juga)

      Padam
  5. Menempuh musibah ada caranya.Bukan mengharung tak tentu hala.Terima kasih untuk perkongsian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kelana Cinta.
      Sentiasalah bersangka baik dgn Allah. Insyaallah dapat membentuk sifat positif yang lain bagi mengharungi dugaan.

      Padam
  6. Assalam..ibu sihat tak???

    dah lama tak jenguk ibu salmi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Fariz.
      Alhamdulillah sihat.
      Terima kasih sudi berkunjung ke sini.

      Padam
  7. betul tu sis...kadang2 mungkin terlupa bhw smuanya adalah miliknya dan akan kembali kepadanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang yang itu kita selalu lupa. Setelah beroleh apa yang dihajati, kita berasakan itu adalah hak mutlak kita. Tapi hakikatnya, semua itu hanyalah pinjaman.

      Padam
  8. kena kuatkan semangat dan tempuhi dengan sabar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mia. Kunci segala kejayaan.

      Padam
  9. Entry yg bermanfaat ni Ibu..Tq for sharing..

    BalasPadam
  10. terima kasih ibu...
    harus sabar menghadapi musibah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Ruha..
      Betul, sifat sabar tu sangat tinggi nilainya.

      Padam
  11. Allah takan beri apa yang kita minta malah Allah akan beri apa yang kita perlu..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.