Jumaat, 28 Disember 2012

Tutorial: Letak Shadow di Border Blog


Assalamualaikum dan selamat petang. Hajat nak jalan-jalan petang ni terpaksa dilupakan sebab hujan lebat di luar sana. Jadi, pada petang yang dingin ini hanya mengadap blog kesayangan ibu ni. Usik sana usik sini konon nak ubah wajahnya tapi tak jadi pulak. Rasa sayang dengan wajah yang ada sekarang.

Walau bagaimanapun, ada juga ibu ubah sikit ketebalan border dan shadow di keliling blog ibu ni. Apa kata ibu buat tutorial untuk letak bayang-bayang di keliling border blog macam blog ibu ni. Sebenarnya, tutorial ini untuk ibu juga. Kalau nak buat apa-apa perubahan nanti tak perlu cari di sana-sini. 

Cara Letak Shadow di Keliling Border Blog 

1. Dashboard - Design - Edit HTML - Tick Expand Widget Template.

2. Dengan menggunakan fungsi Find (ctrl + F), cari kod berikut:
.content-inner {
3. Jika dah jumpa, copy kod di bawah pula:
border: 7px solid #383536
-moz-box-shadow: 0 0 7px 7px #000000
-webkit-box-shadow: 0 0 7px #000000
box-shadow: 0 0 7px 7px #000000;
  • Purple untuk warna border. 
  • Merah untuk ketebalan shadow
  • Biru untuk warna shadow. 
# Pilihan warna ada di SINI
4. Paste betul-betul di bawah kod .content-inner {

5. Preview terlebih dahulu. Jika OK boleh save.
Nota: Tutorial ini berdasarkan simple template yang ibu gunakan. Jika tidak jumpa kod yang dicari, bermakna template tu tidak sesuai dengan tutorial ini.


SELAMAT MENCUBA!

15 ulasan:

  1. Assalamualaikum. terima kasih! nak try lah! hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menjadi ibu! nice gila! hehehehe thanks for this tuto :)
      nak masukkan dalam tutorial sheila boleh tak? sheila link back sahaja. hihi

      Padam
  2. Saya ni tak berani nak godek2 sgt benda2 tu sume Sal... apa yg diberi, itu je la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah Sweetie.. Tak susah manapun..

      Padam
  3. samalah dengan KN, takut hilang apa2 nti..sebab tak berapa nak pandai..tapi suke tengok blog org yg cantek2 dgn macam2 hiasan dan warna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam KN, saya dah ke blog U... dah jadi follower di no 527... Dah baca 'Anak Daraku Dirisek Orang" Syukur dan Tahniah!

      Padam
  4. salam ibu salmi..buat la tutorial nak letak 'reply' atau 'balas' dekat comment..kite punya tak de pun ..

    BalasPadam
  5. blog sy pernah ada shadow cam gini.. tapi dah buang... hihi...
    ibu, kena highlightkan mana yang purple, biru dan merah...
    takut ada yang tak faham nanti...

    BalasPadam
  6. Waa ummi tabiklah Mie, ummi tak pandai sangat benda2 macam ni. Terima kasih ye, jadi panduan untuk ummi juga ni.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.