Isnin, 31 Disember 2012

Bank Soalan - UPSR, PMR dan SPM

Tahun 2012 telahpun melabuhkan tirainya. Selamat kembali ke sekolah buat para guru dan pelajar. Mulai hari ini dan esok, para guru dan pelajar kembali mengharungi hari-hari mereka dengan rutin biasa seperti sebelum ini. Buat para pelajar terutamanya calon-calon peperiksaan 2013, masa untuk bersenang-senang telahpun berakhir. Buatlah persediaan dari sekarang. Rajin-rajinlah belajar dan mengulang kaji.

Untuk pengetahuan para pelajar, guru-guru dan ibu bapa, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pulau Pinang telah menyediakan Bank Soalan yang mengandungi koleksi soalan peperiksaan sebenar UPSR, PMR dan SPM. Koleksi soalan ini meliputi subjek Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi tahun 2005 hingga 2011.


Dengan adalah kemudahan ini, para pelajar dapat menjawab terus soalan yang disediakan secara atas talian. Justeru, tidak perlu lagi membeli buku-buku yang mengandungi set soalan tahun-tahun lepas. Paling penting, markah yang diperoleh akan dipaparkan selepas semua soalan selesai dijawab.

Terima kasih buat laman web BTPN Negeri Pulau Pinang yang menyediakan kemudahan ini. Moga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru dan pelajar.

6 ulasan:

  1. Bagusnya ada laman web mcm ni. Slmt tahun baru dan Slmt bertugas

    BalasPadam
  2. sekarang ni anak2 lebih senang...semua dihujung jari....

    BalasPadam
  3. Baguslah ada "usaha" seperti ini. Tahniah, semoga suksess dalam urusan duniawi dan ukhrawi..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama13 Mei, 2013

    Betul tu Nur Imans.
    saya setuju.
    Tahniah juga bagi saya.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama13 Mei, 2013

    Kalau nak berjaya macam saya mesti belajar sungguh-sungguh.


    5A dalam peperiksaan

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama03 Ogos, 2014

    syabas ..hope dpt 5A

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.