Jumaat, 4 Januari 2013

Tutorial: Buat Scroll Bar di Ruangan Komen

Blog yang menerima ramai pengunjung dan mendapat komen yang banyak sangat sesuai menggunakan scroll bar di ruangan komen. Penggunaan scroll bar ini dapat mengecilkan penggunaan ruang komen di dalam blog di samping memudahkan para pembaca blog untuk membaca komen-komen yang terdahulu.  Selain itu, layout blog juga nampak kemas dan teratur. 
Kelmarin ibu cuba-cuba letakkan scroll bar di ruangan komen blog ini. Sebenarnya, komen di blog ibu ni tidaklah banyak sangat dan tidak memerlukan scroll bar, namun apabila lihat ruangan komen tu nampak lebih kemas,  buat masa ini biarlah ia kekal.
 


Jom ikuti tutorial Cara Buat Scroll Bar di Ruangan Komen di Blog.

1. Dashboard - Design - Edit HTML - Tick Expand Widget Template. 

2. Dengan menggunakan fungsi Find (ctrl + F), cari kod berikut:
<div class='comments' id='comments'>
3. Jika dah jumpa, gantikan dengan kod di bawah:
<div class='comments' id='comments' style='overflow:auto; width:ancho; height:500px;'>
  • warna biru adalah ketinggian scroll. Boleh ditukar mengikut selera sendiri.

4. Preview terlebih dahulu. Jika OK boleh save.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum. bestnya ibu buat scroll bar kat ruangan comment. sheila tak banyak commentator's. so malas nak buat. bagus ibu buat tuto ni, menyenangkan org lain juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum ibu, sheila nak masukkan tuto ibu dalam tutorial list sheila ye. sheila just linkkan ke blog ibu. thank you :)

      Padam
  2. Terima kasih perkongsian ilmu Mie, mana tahu satu hari bila nak buat bolehlah ummi rujuk kat sini.

    BalasPadam
  3. wah sis makin maju dlm mengedit blog kan...tq sis nti js nk buat jugaklah...nama comel je blog sis...^^

    BalasPadam
  4. wah kak mie makin maju ke depan..yah ni bab2 mengedit mmg xpndailh....huhuhu...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.