Sabtu, 12 Januari 2013

Indahnya Hidup Tanpa Derita

Ketika bercuti di Simpang Renggam, ibu sempat ke kedai buku tidak jauh dari rumah mertua. Memang rambang mata kalau ke kedai buku. Banyak buku yang berkenan di hati namun ibu hanya beli lima buah sahaja. Alhamdulillah, dengan izin Allah ibu dahpun berjaya menghabiskan dua buah buku.

Di sini ibu ingin kongsikan salah sebuah buku yang telah ibu baca. Buku “Indahnya Hidup Tanpa Derita” ini tulisan seorang Perunding Profesional; Puan Noor Laila Aniza Zakaria. Sebenarnya buku ini sudah berada di pasaran sejak tahun 2010. Kiranya dah tiga tahun ibu ketinggalan.

Buku ini mengutarakan 40 kisah benar dugaan dan badai rumah tangga yang dilalui oleh masyarakat hari ini. Buku ini terbahagi kepada 6 bahagian iaitu Masalah Suami, Masalah Isteri, Ego Suami, Rumah Tangga Itu Syurga, Anak O Anak, dan Tabah Hati Wanita.

Jika ada yang berasakan ujian yang dihadapi cukup berat, maka bacalah buku ini. Pasti kita akan berasa insaf dan bersyukur kerana ujian itu sebenarnya tidaklah seberat mana berbanding 40 kisah yang dipaparkan. Malah, ada antara kisah yang dipaparkan tidak terjangkau dek akal fikiran. Kita juga akan sedar betapa pentingnya ilmu dalam melayari kehidupan berumah tangga.

Buku ini turut menyediakan tips-tips penyelesaian kepada setiap persoalan yang diutarakan berserta tip-tip keagamaan dan psikologi. Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan seperti ibu bapa, para pendidik dan perunding motivasi malah pada pendapat ibu sangat sesuai dibaca oleh bakal suami isteri sebagai persediaan untuk melayari kehidupan berumah tangga.

Sesungguhnya, tiada sesiapa yang inginkan hidupnya derita. Lengkapilah diri dengan ilmu agar dapat menangani setiap permasalahan dengan bijak. Insyaallah, moga bahagia itu akan menjadi milik kita.

Judul: Indahnya Hidup Tanpa Derita
Penulis: Noor Laila Aniza Zakaria

Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM21/RM23 (S/S) 
Tebal: 244 ms



31 ulasan:

  1. Insyaallah. Dari dulu suka baca kisah2 mcm ni. Buat panduan dan iktibar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Rose. Semua cerita tu boleh jadi iktibar buat kita..

      Padam
  2. Kakak lagilah tertinggal hingga kini belum lagi memiliki mahupun membacanya. Teringin juga kalau ada peluang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah baca Kakzakie utk isi masa lapang di samping menambah ilmu..

      Padam
  3. waa.. nk cari buku ni laa jgk nanti.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari Lissa. Banyak ilmu dlm buku ni..

      Padam
  4. cm menarik je kak..nnti try cri tgk..tq share ye.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik CikZaniff. Banyak ilmu di dalamnya..

      Padam
  5. Menarik jugak buku tu ya...ada masa nak cari jgk lah..terima kasih kak atas perkongsian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik MP. Banyak ilmu yang kita boleh dapat dgn membaca buku ni..

      Padam
  6. Balasan
    1. Kebetulan ada waktu terluang semasa cuti sekolah. Sekarang ni dah sibuk, kena pandai2 curi masa kalau nak membaca..

      Padam
  7. js mmg suka beli buku..kadang2 buku baca js tak tamat kalau baca...hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku ni menarik JS jadi tak jemu baca. Kisah2 dalam ni boleh kita jadikan iktibar..

      Padam
  8. bagus kak buku ni..
    insha Allah nak cari nanti..
    saya ada buku jangan biar hati derita tapi tak abis baca lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bagus Tihara. Kisah2 dalam tu boleh kita jadikan iktibar. "Jangan Biar Hati Derita", menarik tajuknya tu. Kongsikanlah kat blog. kalau bagus nak cari juga nanti..

      Padam
  9. InsyaAllah akan cari juga buku ni..
    TQ for the info ibu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Atie. Cari jangan tak cari. banyak ilmu boleh kita peroleh drp buku ni..

      Padam
  10. mcm menarik isinya tu...bermanfaat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik Timi. Boleh ambil iktibar drp cerita2 yang dipaparkan..

      Padam
  11. Buku yang menarik ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik Norazizah. Banyak tips keagamaan dan psikologi utk panduan semua..

      Padam
  12. hidup memang indah tanpa derita . menraik buku tu ibu !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidup memang menarik tanpa derita tapi tanpa derita kita tak dapat merasai kemanisan hidup. Betul tak?

      Padam
  13. macam perjalanan hidup reality ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang buku ini berdasarkan kisah benar Kak Nora..

      Padam
  14. mcam best je buku ni..seronok klu berpeluang membacanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best PK.. Bolehlah baca utk tambah ilmu..

      Padam
  15. Memang nampak menarik, sememangnya kita selalu merasakan ujian yang kita harungi terlampau berat, dimana tanpa sedar, sebenarnya ada yang mengharungi dugaan hidup yang jauh lebih berat dari yang kita lalui. So Insya Allah saya akan dapatkan buku ini. Tq 4 d info.

    BalasPadam
  16. mesti bes sebab dia bawak kisah.. lebih dekat dan cepat memberi kesan pd kt.. eii nak pinjam kat ibu la hehe :)

    BalasPadam
  17. nak carilah buku ni nanti...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.