Ahad, 27 Januari 2013

Kisah Kehilangan William Yau Zhen Zhong: Moga Tidak Berulang Lagi

Kisah kehilangan William Yau Zhen Zhong, 6, amat mengejutkan kita. Malah ibu turut bersimpati dan sedih apabila mengetahui bahawa mayat kanak-kanak yang dijumpai dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis lalu disahkan sebagai William Yau yang hilang sejak 16 Januari yang lalu.[sumber] 

Terbayang kesedihan keluarga kanak-kanak malang ini terutama ibu dan bapanya yang saban hari menunggu berita penemuan anak mereka itu. Sudah tentu bukan berita sedih yang mereka harapkan namun segalanya telah ditentukan. Moga mereka dapat menerima dengan hati terbuka walaupun hakikatnya bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang anak. 

Anak kedua daripada tiga beradik ini dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ. 

Jika sebelum ini banyak pihak yang menuding jari ke arah ibu bapa William atas kehilangan kanak-kanak malang ini, kini timbul pula pelbagai spekulasi tentang kematiannya. Ibu juga berasa kesal kerana ada segelintir pihak yang menjadikan kejadian ini sebagai bahan gurauan di mana ada yang membuat panggilan palsu meminta wang tebusan. [sumber] 

Tega sungguh mereka berbuat demikian. Apakah sudah hilang segala rasa dalam diri? Atau apakah mereka yakin bahawa perkara yang sama tidak akan terjadi kepada keluarga sendiri? 

Dalam pada itu, ibu cukup hargai sikap masyarakat kita yang sentiasa prihatin dan saling membantu dalam isu sebegini tanpa mengira asal keturunan. Moga perpaduan ini kita kekalkan di samping mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku.

P/s: Kejadian ini mengingatkan ibu kepada kisah Dirang.

12 ulasan:

  1. kematiannya adalah kematian mengejut kata sang polisi...

    dia terjatuh dalam longkang? dihanyutkan air?

    atau ceritanya lebih daripada itu??

    hai..entahlah...

    zaman sekarang macam-macam boleh jadi...

    opppsss...lupa... singgah sini jalan2 naik kuda... :)


    Jenguk juga Tutorial Cara Buat Auto Resize Untuk Image Pada Entry atau Widgets

    BalasPadam
  2. Amboi amboi... entri SEO penuh di sini...nak tirulah... he he he...

    BalasPadam
  3. Sedihkan kak ibu.... sedih sangat, kita sendiri sedih bagaimana agaknya perasan ibubapa tersebut

    BalasPadam
  4. Anak adalah permata

    BalasPadam
  5. sedih sgt..berat mata memandang berat lg bahu memikul..mmg tak berhati perut org yg suka buat spekulasi macam2

    BalasPadam
  6. sgt tragis bila mendengar berita kematian kanak2 tu di TV....dapat bygkan kesedihan hati si ibu....

    BalasPadam
  7. kesiankan.....risau pulaak...

    BalasPadam
  8. memang kesian.... mia pun risau juga ni..

    BalasPadam
  9. Yang penting kita ambil iktibar, jangan tinggalkan anak2 tanpa pengawasan orang dewasa.

    BalasPadam
  10. Tapi apa yang pasti. Kes2 seperti ini pasti akan berulang dek sifat alpa para ibu bapa yang tidak memikirkan risiko dengan meninggalkan anak2 kecil mereka didalam kereta tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa.

    Kepada semua ibu bapa diluar sana. Sila ambil iktibar dari kejadian ini supaya tidak meninggalkan anak mereka didalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum....betul tu risau kan jgn la dibiarkan anak2 bermain bersendirian...:)

    BalasPadam
  12. diharap keluarga mendiang williem dapat tabah menghadapi hari2 mendatang...

    kpd masyarakat pulak diharap dapat jadikan kes ini sebagai teladan...cegah sebelum terkena...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.