Ahad, 6 Januari 2013

Koleksi Ros Hitam Nan Seciput

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Apa khabar?

Alhamdulillah hari ini dapatlah berehat setelah sibuk sepanjang minggu. Sebelum sesi persekolahan bermula dah sibuk dengan mesyuarat dan mengemas bilik darjah. Guru kelas kena pastikan kerusi meja untuk anak murid cukup pada hari pertama persekolahan. Alhamdulillah, ada dua bujang ibu membantu. Semalam pula ada program motivasi untuk murid-murid tahun 6. Sambil itu sempat curi masa mengemas bilik guru memandangkan tahun ini bilik guru di bawah tanggungjawab ibu.

Hari ini ingin merehatkan minda dengan koleksi pinggan mangkuk lama (pml) ibu. Dah lama benar tidak berbicara soal minat ibu yang satu ini. Pagi tadi sempat menyusun pml dalam lemari. Penat seminggu terus hilang apabila menatap koleksi pml yang ada. Oh ye, untuk pengetahuan rakan-rakan yang baru berkunjung ke sini, ibu adalah peminat pinggan mangkuk antik porselin. Adalah sedikit koleksi namun tidaklah sehebat koleksi peminat tegar pml yang lain.

Hari ini ibu nak kongsikan koleksi seciput ros hitam yang ibu ada. Sebelum itu, kita tengok dulu mengapa dinamakan ros hitam.

 
Bunga ros berwarna hitam seolah-olah dilukis dengan pensel. Inilah motif yang tertera pada permukaan barangan porselin yang mungkin menyebabkan ia dinamakan ros hitam.
 
 
Sebiji teko aladin dan sebiji cawan mulut lebar (ml) tanpa piring.

Mulanya tak berniatpun untuk mengumpul set ini sehinggalah suatu hari 'terbeli' teko aladin ni melalui jualan di sebuah blog. Apabila dah terbeli maka terpaksalah meneruskan langkah. Kemudian, cawan tanpa piring ini ibu dapat semasa membeli beberapa barangan lain. 

Tidak lama kemudian, dapat pula pinggan 10 inci ini daripada seorang rakan APC. Ini sahaja koleksi ros hitam yang ibu ada setakat ini. Harap-harap tahun ini dapatlah melengkapkan set ros hitam ni. Sekurang-kurangnya lengkap untuk tea set. Tak nak meletakkan sasaran yang tinggi sebab sedar akan kemampuan diri. Untuk melengkapkan koleksi, kita perlu rajin mencari di sana-sini. Memang ibu tak mampu berbuat begitu. 

Selalunya ibu menambah koleksi melalui Antique Porcelain Collectors Group (APC) di FB dan melalui jualan di blog. Bila-bila masa saja seller akan postkan barangan jualanWalau bagaimanapun disebabkan kekangan masa, ibu tak boleh berlama-lama mengadap lappy. Jadi, seringlah terlepas peluang.

Ada ke yang berkongsi minat dengan ibu?

15 ulasan:

  1. Cantiknya dan unik. Harganya pun mesti cantik kan, saya pun minat nak buat koleksi benda-benda macam ni tapi sekarang tak dapat lagi lah..hehe..

    BalasPadam
  2. lawa la kak..dulu2 memang ada koleksi ni tapi byk yang pecah..nanti nak try korek :)

    BalasPadam
  3. Orang kata barang antik ni boleh jai aset berharga...kalau 50 tahun dulu harganya cuma 10 ringgit sekarang mungkin sudah jadi beratus....
    Teringat koleksi antik abah...ada satu pedang tu harganya sudah mencecah ribuan ringgit...tapi maaf, dia tak jual!

    BalasPadam
  4. Cantiknya......saya satu biji pun tak ada koleksi pinggan mangkuk lama ni....pinggan lama emak dulu semuanya sudah retak seribu...

    BalasPadam
  5. hehe..js jugak takde hobi..hihi
    moga berjaya sis..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum salmi...cantik nyer simpan koleksi yer..:)

    p/s mekacih...komen n tinggalkn tarikh lahir kat ruang komen mama nanti mama listkn link blog..:)

    BalasPadam
  7. Cantik la...dulu arwah nenek sy pun ada koleksi pinggan mangkuk yg berbunga camni

    BalasPadam
  8. wah betul lah....mcm lukisan pensel yg gambar first tu....

    BalasPadam
  9. Mie..ummi pun baru tau pasal orang buat koleksi pinggan mangkuk lama ni, so balik kampung tanyalah mak, hehe..dapatlah pinggan nasi dan teko bunga hitam macam Mie ni dan dapat juga pinggan bunga kangkung. Takdelah jadi hobi lagi setakat ni, tapi simpanlah dulukan, mana tau lama2 jadi hobi pulak.

    BalasPadam
  10. Dulu2 mak saya ada koleksi ni ;) satu2 pecah. Sampailah habis semua. Skrg ni bila tgk balik Menarikkan? Teringin juga nak beli koleksi macam ni :) semoga dapat penuhi koleksi yg ada.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum ibu, lawanya black rose tu! ibu suka mengumpul barangan porselin ye? nice sangat

    BalasPadam
  12. seronok izan tgk koleksi pml ni kak mie wpun izan bukanlah peminat pml. kalau ditenung lama2 memang cantik n unik!

    BalasPadam
  13. cantekk ! suke tengok org lain ade hobi cenggini.. sy belum mmpu, sy doakan ibu dpt lengkapkan set ni, pasti ibu tersnyum lebar hehe :)

    BalasPadam
  14. yg nie nmpkn sgt antik..hitam itu menawan..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.