Jumaat, 18 Januari 2013

Sibuk, Sibuk dan Sibuk Lagi...

Assalamualaikum. Selamat petang.

Alhamdulillah, berakhir sudah minggu yang amat sibuk buat ibu. Terima kasih buat rakan-rakan yang masih sudi berkunjung dan meninggalkan komen walaupun kunjungan tidak berbalas. Terharunya ibu. Sayang kalian semua...

Minggu ini ibu *dan rakan-rakan tahun 6 agak sibuk kerana perlu menetapkan headcount bagi calon UPSR 2013. Untuk tujuan ini, guru-guru perlu tahu keupayaan sedia ada dan potensi setiap murid. Oleh itu, penyediaan headcount ini memakan masa berhari-hari juga. Tambahan pula calon UPSR sekolah ibu agak ramai. 

Kegiatan kokurikulum juga dahpun bermula. Minggu ini setiap unit; unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan mengadakan mesyuarat pemilihan AJK. Faham-faham ajelah, jika murid-murid sekolah rendah bermesyuarat dan memilih AJK. Selepas tu, kena pulak buat surat pelantikan untuk guru dan murid di samping membuat perancangan tahunan.

Dalam pada itu, dapat pula khabar bahawa sekolah tersenarai lagi untuk pencalonan Anugerah Tawaran Baru (New Deal) bagi tahun 2012. Banyak perkara yang perlu dikemas kini sedangkan masa terlalu suntuk. Kesian tengok rakan-rakan sekerja *termasuklah diri sendiri yang dah macam kartun berkejar ke kelas di samping menyiapkan kerja-kerja. Namun, terpaksalah menerima hakikat bahawa inilah cabaran bekerja.

Ini adalah kali ketiga sekolah ibu tersenarai sejak anugerah ini diperkenalkan pada 2010. Alhamdulillah sekolah ibu berjaya menerima anugerah tersebut pada tahun 2010 dan 2011. Ibu pernah bercerita tentang hal ini dalam entri Penantian Belum Berakhir dan Berakhirnya Sebuah Penantian

P/s: Mohon rakan-rakan doakan agar pemantauan nazir pada minggu depan dipermudahkan.

13 ulasan:

  1. wahhhh sibuknya cikgu ni..

    BalasPadam
  2. sibuk betul ibu dan cikgu2 sekarang...
    moga dipermudahkan pemantauan nazir nanti...

    BalasPadam
  3. wah selamat menjalankan tugas ibu...moga nazir2 tu boleh kawtim nanti...eh?

    BalasPadam
  4. sekarang semua orang bz kan..maklumlah tahun baru..

    BalasPadam
  5. arghh.. tensionnya kalau nazir datang.
    sekolah saya pon akan ada pemantauan.
    bersiap sedia je la sebab diorang akan datang pada bila2 masa. huhu. takot.

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan kak.Insyaallah boleh!

    BalasPadam
  7. tak pe ibu....kalau bersusah payah tapi akhirnya tidak sia-sia memang berbaloi2kan...

    BalasPadam
  8. yehh hidup cikgu ! terima kasih smua cikgu2 d malaysia, jasamu di abadikan selamanya.. semoga Allah makin sayang :D

    psst.. ibu boleh emel mar x haynee.ar@gmail.com :)

    BalasPadam
  9. Banyak pengorbanan cikgu untuk hidup setiap org..moga mudah urusan kak salmi..insha Allah:)

    BalasPadam
  10. Makin banyak tugas guru sekarang, moga Allah permudahkan Mie dan rakan2 guru yang lain.

    BalasPadam
  11. jom join kontes nie
    http://wawarosli.blogspot.com/2013/01/topup-giveaway-by-fd.html

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.