Sabtu, 23.02.2013 ibu sibuk lagi hinggakan blog ini sunyi lagi tanpa entri. Sepatutnya ibu dan ayah ke sekolah Faiz kerana ada mesyuarat agong PIBG, namun disebabkan ibu ada latihan olahraga di sekolah, terpaksalah ayah ke sana seorang diri.
Latihan olahraga berakhir pukul 10.30 pagi, namun terpaksa menunggu sejam lagi kerana ada ibu bapa yang hanya mengambil anak mereka pada pukul 11.30 pagi. Terlupa agaknya.
Pukul 2.00 petang Faiq ke pertandingan mewarna sempena Karnival Pendidikan Palimen Jerantut 2013 di Kolej Komuniti tidak jauh dari rumah. Ibu yang sakit kepala (mungkin kerana berpanas di padang) minta ayah yang temankan Faiq. Walau bagaimanapun, ibu yang berbaring di rumah tak senang duduk (rasanya betul dah ayat tu..) Pukul 4.00 petang ibu ke sana.
Ketika ibu sampai ramai yang dah siap, namun si bongsu ibu ni masih bertungkus-lumus. Sebenarnya, dalam mana-mana pertandingan mewarna, Faiq jarang menyiapkan tugasan. Tak sempat, katanya.
Kesian anak bujang ibu ni. Ramai ibu bapa yang duduk di sebelah anak masing-masing untuk memberikan sokongan. Nasib baik ada adik ibu yang menemani anaknya turut beri sokongan kepada Faiq.
Inilah hasilnya. Siap juga lima minit sebelum tamat waktu.
Bergambar setelah selesai acara penyampaian hadiah. Faiq di belakang sekali bersama peserta-peserta lain.
Alhamdulillah, tanpa diduga berjaya juga putera bongsu ibu bawa balik hadiah biarpun sekadar saguhati. Harith, sepupu Faiq juga menang saguhati. Balik je terus ke rumah nenek nak tunjukkan hadiah masing-masing.
P/s: Moga Faiq juga berbakat melukis macam abang dan kakak-kakaknya.
TAHNIAH!!!! Faiq pun brbakat mcm ibu + kakak2nya....Farouk thn ni baru nmpk sikit bakat seninya..kalau dulu hancur kalau dia mewarna.....
BalasPadamwahh itulah hati seorang ibu, pasti nk tgk jgk anak die ye.. hehe tahniah faiq !
BalasPadamTahniah menang..kesabaran mewarna membuahkan hasil..hehehe
BalasPadamTahniah Faiq. Lain kali boleh dapat hadiah besar lagi tu...
BalasPadamooh memang keluarga kreatif rupanya...apa2 pun tahniah kepada Faiq kerana dapat menyudahkan lukisan tu...hehe...sy masa kecik pon selalu lambat siap kalau mewarna ke melukis ke....
BalasPadamsweetnya.... suka tgk komitmen kak ngan anak2... happy kan bila tgk anak2 aktif macam ni. tanggungjawab ibubapa utk asah bakat anak2
BalasPadamSalam Mie..
BalasPadamtahniah buat Faiq dan sepupunya juga. InsyaAllah moga dapat terus mengembangkan bakat.
wah..tahniah....dpt jugak hadiah :D
BalasPadamTahniah Faiq..... :)))))
BalasPadamTahniah Faiq :-)
BalasPadamtahniahhhhhhhhh
BalasPadamtahniah dia menang..memang berbakat faiq ni kak :)
BalasPadamsalam
BalasPadamTahniah uncle ta ucapkan,
tahniah....oklah...dapat juga hadiah...=D
BalasPadamwah kemain faiq bergaya dengan hadiah yg dimenangi..:)
BalasPadamwahhhhh.... bestnya dapat hadiah..
BalasPadamTaniah. saguhati pun besar juga hadiah dia.
BalasPadamtahniah buat mereka berdua.... tekun betul Faiq mewarna...
BalasPadamtahniah... cantik hasil warna faiq..
BalasPadam