Khamis, 7 Mac 2013

Alhamdulillah, Berjaya Juga Akhirnya...

Assalamualaikum dan selamat malam.


Hari ini, Khamis 7 Mac 2013 berlangsungnya Karnival Koakademik Bahasa Melayu Sekolah Rendah peringkat daerah Jerantut. Program ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SK PPPTR), Jerantut. Sekolah ini berhampiran dengan Felda Residence Tekam yang pernah ibu ceritakan dalam entri di sini.

Tiga acara dipertandingkan iaitu bercerita tahap 1, bercerita tahap 2 dan pidato. Sekolah ibu menyertai ketiga-tiga acara dan setiap acara diwakili oleh seorang peserta. Ibu ke sana sebagai hakim pidato diraja.

Alhamdulillah, akhirnya ketiga-tiga orang puteri yang mewakili sekolah ibu telah menghadiahkan kemenangan buat kami, para guru
Inilah wajah-wajah ceria pemenang. Aleeya Shazmiera, johan bercerita tahap 1, Nur Dania, tempat keempat bercerita tahap 2 dan Nur Najihah, johan pidato

Tahun lepas, sekolah ibu hanya mengambil bahagian dalam dua kategori sahaja. Ceritanya ada di sini.

Sudah tentu para guru tumpang gembira

Ramai juga guru sekolah ibu yang memberikan sokongan hari ini. Tiga orang guru pengiring, dua orang hakim dan dua orang ajk bahagian sijil dan hadiah.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi pertandingan peringkat negeri akan diadakan di Temerloh. Moga kami diberi kekuatan dan kelapangan untuk terus melatih murid-murid ini. 

12 ulasan:

  1. wah tahniah kepada adik2 ni....semoga terus cemerlang di peringkat negeri pulak lepas ni...:)

    BalasPadam
  2. Tahniah anak2,

    semoga lebih cemerlang...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ibu, taniah. alhamdullilah. semua wakil sekolah ibu menang. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam Sheila.
      Terima kasih. Alhamdulillah tahun ni murid2 dan cikgu semangatnya lebih tinggi..

      Padam
  4. wowwww.... tahniah kak salmi... tentu suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mia. Alhamdulillah, gembira sangat..

      Padam
  5. tahniah..hebat bakat yang mereka ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cik Laili.
      Alhamdulillah mereka senang dibentuk dengan kerjasama ibu bapa juga..

      Padam
    2. Wah, hebat la adik-adik ni. Tahniah kak

      Padam
    3. Terima kasih BC..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.