Isnin, 11 Mac 2013

'Berita Baik' : Satu Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam, Pangkat ATM dan PDRM Disetara dengan Perkhidmatan Awam

Akhirnya, 'berita baik' yang ditunggu-tunggu oleh para penjawat awam telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Pengumuman telah dibuat dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020'. 

 

PM umum 9 perkara 'berita baik', kenaikan tahunan diawal


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini. 

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.
 
Antaranya:
  • Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini; 
  • Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak; 
  • Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi; 
  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013; 
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum; 
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"; 
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

Sumber: Sinar Harian

p/s: Alhamdulillah..

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah....rezeki tu kak ibu....tapi soalan tranformasinya....

    WHY NOW?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur, Alhamdulillah.. Rezeki, ajal dan maut semua tu ditangan Allah, tak siapa jangka. Betul tak dinda..

      Padam
  2. Alhamdulillah..dan tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih Ummi..

      Padam
  3. salam...alhamdullilah rezeki mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam Firdawati.
      Betul tu, syukur dengan rezeki yang diberikan..

      Padam
  4. Balasan
    1. Betul tu Ibuhani.
      Alhamdulillah..

      Padam
  5. 2 minggu ni Mr M sibuk dok p sana...xhabis2 meeting meja bulat ttg bnde alah ni.....Pagi ni seawal pkul 5 pg dh brgerak ke putra jaya.....penat sungguh yah tgk kerja org2 mcm dia ttp ianya brbaloi2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Yah, penat lelah mereka berbincang dan terus berbincang untuk memperjuangkan nasib kita tak ramai yang tahu. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Akak tau juga serba sedikit ttg perkara ni kerana ada adik yg bertugas di sana tu.. Syukur Alhamdulillah, namun hairan juga ada yg seperti mempertikaikannya seolah2 semuanya diperoleh tanpa usaha..

      Padam
  6. Tahniah Sal! ni buat nak gi Jerantut ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah..
      Silakan Sweetie, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan..

      Padam
  7. Alhamdulillah penat lelah berbuah juga....syukur rezeki dari Allah :D

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama12 Mac, 2013

    alhamdulillah rezeki...aritu js pun pergi kt program tu...tunggu gak kot2 ada elaun naik tp takpe...tetap bersyukur dgn rezeki yg diberikan...hehe

    BalasPadam
  9. Alhmdulillah..rezeki...

    BalasPadam
  10. hehe bila baca mmg taktau apa2 pasal sistem gaji kerajaan ni...tapi apa2 pun, tahniah kepada semua kakitangan awam kita...dgn kenaikan ni dapatlah ringankan beban kos sara hidup mereka:)

    BalasPadam
  11. alhamdulillah tumpang syukur dengan berita ni :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.