Isnin, 25 Mac 2013

Hadiah Buat Ibu dan Ayah

Assalamualaikum dan salam mesra. 

21 Mac 2013 yang lalu, ibu dan ayah menemani Ude mengambil keputusan SPM. Sempat kami mendengar pengumuman keputusan SPM melalui Radio Pahang FM. Sebelas orang calon negeri Pahang diumumkan mendapat straight A+ dan salah seorang daripadanya adalah teman rapat Ude.

Kami tiba di sekolah pada pukul 10.15 pagi. Kebiasaannya, para pelajar dah boleh mengambil slip, namun tidak pada kali ini. Kami perlu menunggu lagi sehingga pukul 11.00 pagi. Walau bagaimanapun, kami dimaklumkan bahawa sebelas orang calon berjaya memperoleh straight A, peningkatan 100% berbanding tahun lepas.

Lebih kurang pukul 11.05 pagi, Ude menerima slip daripada guru kelasnya. Akhirnya, debaran kami berakhir. Ude telah menghadiahkan sebuah kecemerlangan buat ibu dan ayah serta guru-guru. Awalnya, ada riak kekecewaan pada wajah Ude kerana beberapa sasaran gagal diperoleh, namun Ude kembali ceria setelah guru-guru mengucapkan tahniah. 

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Syukur atas kurniaan-Mu yang tidak terhitung nilainya ini. 

Terima kasih yang tidak terhingga buat insan-insan yang telah menyumbangkan ilmu buat anakanda kami. Terima kasih buat guru-guru Taski al-Huda Mersing, SK Sawah Dato’ Mersing, SK Bandar Jerantut dan SMK Padang Saujana, Jerantut. Begitu juga buat rakan-rakan dan sanak-saudara yang ikhlas mendoakan kejayaan anakanda kami. Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Terima kasih semua.

 

19 ulasan:

  1. tahniah...semoga terus sukses!! :D

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ibu, alhamdullilah. ude berjaya :)

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama25 Mac, 2013

    Tahniaaahh.. bestnyaa &^^& mesti ibu gembira kan.. hee

    BalasPadam
  4. Tahniah untuk anak akak, moga berjaya di dunia dan akhirat..
    lawanya anak akak ni :)

    BalasPadam
  5. Tahniah buat Ude..sejuk perut ibu mengandung.. Alhamdulillah!.. moga terus maju ya Ude..amin! :)

    BalasPadam
  6. tahniah yea!

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. tahniah...cantik anak kak mie...

    BalasPadam
  8. tahniah ude, tahniah kak mie n suami......sama juga dgn angah, ada nada kecewa bila apa yg dia target xtrcapai ttp bila cikgu2 wish tahniah baru dia mampu trsenyum...moga ude n angah akn melangkah jauh lagi n menghadiahkan kejayaan yg lebih gemilang buat kita yg bergelar ibu n ayah....InsyaAllah...

    BalasPadam
  9. Tahniah ude.. Tahniah kak mie.. :D

    BalasPadam
  10. Tahniah Ude dan juga Sal! Sedikit tersasar dari target sebenar tak apa... Yang dah lepas tak perlu di kenang lagi kerana ada yang lebih mencabar perlu diharungi lagi selepas ini.

    BalasPadam
  11. alhamdulillah....tahniah kepada ude....bukan senang nak dapat straight A+ tu....

    BalasPadam
  12. Tahniah, anak ibu dah buat yang terbaik :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.