Khamis, 28 Mac 2013

Running Man

Setiap minggu, ibu sekeluarga tidak akan melepaskan peluang menonton rancangan Running Man. Bagi yang tidak tahu, Running Man merupakan sebuah variety show dari Korea. Sejak bermula pada tahun 2010, rancangan ini semakin popular di negara-negara Asia termasuklah Malaysia.

Ibu mula terjebak dengan Running Man ini setelah diperkenalkan oleh anak-anak. Mereka akan download episod terbaru dan kami akan tonton bersama-sama. Selain itu, episod-episod yang terdahulu juga boleh ditonton melalui siaran di Astro Channel 393 (ONE HD) pada setiap hari Jumaat jam 8.00 malam,  Ahad jam 11.20 malam dan Isnin 1.30 petang. Running Man Marathon pula disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 11.20 malam hingga 4.00 pagi.

Secara ringkasnya, Running Man mempunyai tujuh orang peserta tetap. Setiap minggu akan ada artis jemputan untuk menjayakan episod baru. Selalunya, mereka akan dibahagikan kepada dua pasukan dan kadang kala secara individu. Kemudian, mereka akan diberi misi yang menarik untuk diselesaikan.

Running Man members: Ji Hyo, Kwang Soo, Suk Jin, Jae Suk, Jong Kook, Haha dan  Gary.

Personaliti setiap ahli Running Man adalah berbeza, mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta amat menghiburkan. Paling ibu suka, setiap ahli dalam Running Man ini tidak control macho atau cover cun. Sudah biasa melihat Ji Hyo muncul tanpa solekan.

Semalam ibu sekeluarga menonton Running Man episod 138. Kepada yang belum pernah menontonnya, cubalah tonton. Sudah pasti kalian akan menggemarinya.

Ps: Jika ingin menonton Running Man dengan sari kata, bolehlah ke sini.

20 ulasan:

  1. wah tak sangka ibu peminat running man...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terjebak susah nak tinggalkan Timi..

      Padam
  2. Tanpa Nama28 Mac, 2013

    sis js lum cuba2 lg tengok ni...ntikan berebut ngan ank dara js pulak...kihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak rasa anak dara JSpun pasti suka kalau tengok ni. Artis2 jemputan selalunya yg diminati anak2 muda..

      Padam
  3. Betul..tak sangka ibu juga boleh terjebak menonton running man ni. hehe. ^___^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dah terjebak ni Aini. Seronok tengok bersama anak2..

      Padam
  4. dah lama x tgk drama korea. ada tgk pun kejap2 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Drama Korea memang akak tak tengok Sue. Tak berkesempatan. RM ni je yang tak lepaskan peluang tonton bersama anak2. Memang menghiburkan..

      Padam
  5. best ke citer nie ibu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan cerita tapi game show. Memang menghiburkan.. cubalah tengok sekali pasti jadi pengikut setia nanti..

      Padam
  6. salam ibu..wardah salah seorang peminat RM ni.. dah tak boleh tinggal dah, mesti nak tengok setiap episod.. boleh hilangkan stress sebab mencuit hati.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, wardahpun suka RM ke.. Betul tu wardah.. boleh hilangkan stress..

      Padam
  7. saya ada jugak tengok sekeja[ dulu masa tak tau nak tengok cite ape..
    memang kelakar, part yang sya tengok tu meke tengah nyorok dalam office...tapi sorang pun saya tak kenal nama2 artis tu...hebat lah akak ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak mula tgk dulupun sebab tak tau nak tgk apa. Akak jarang tgk drama. Entahlah.. byk yg tak menyenangkan walaupun kadang2 mesejnya memang bagus. Jadi, anak2 ajak tengok RM ni. Lepas tu terus terjerat..

      Padam
  8. Waa,ibu pun sama...wee :D In pun suka,bila sedih ke,stress... tonton running man habis lupa semua perkara yang tak menyenangkan tu :)) Kekadang In pun ajak ibu In menonton... kami gelak sama-sama ^^, In prefer tengok dekat TV .. tapi abang2 In download dr episode 1 sampai sekarang/ambil daripada kawan dan tonton di laptop .. hehe =)

    BalasPadam
  9. sama dengan fyna lah. fyna pun suka. ibu suka episod yang mana? fyna suka episod yunho dan max changmin (phantom of opera)

    BalasPadam
  10. wahh kelas lahh ibu layan running man.. tp mmg bes pn game show ni kan, kalo tgk mmg terhibur ;)

    BalasPadam
  11. Wahhh! Ibu pun layan RM jugak? Arol tak pernah tengok pun RM walaupun ramai kawan yang syorkan suruh tengok. Dorang kata, gelak tak kering gusi kalau tengok. Betul ke? :D

    BalasPadam
  12. akk layan rungging man,tak sgka ye..tp mmg best kan

    BalasPadam
  13. Komedi ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.