Ahad, 10 Mac 2013

Syukur Nikmat


Betapa besarnya nikmat Allah. Setiap hari, jam, minit mahupun setiap detik yang kita lalui tidak lari dari nikmat Allah yang maha pemurah. Alhamdulillah, syukur ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan ini. 

Allah SWT tidak pernah terlambat memberikan nikmat yang diperlukan oleh manusia, namun kebanyakan kita tidak berasakan telah mengecapi nikmat daripada Allah itu. Bagi kebanyakan daripada kita nikmat Allah hanya diperoleh kadang-kadang sahaja. Misalnya, mendapat hadiah kejutan yang besar nilainya, mendapat pekerjaan idaman, memperoleh anugerah daripada organisasi tertentu, kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, keuntungan besar dalam perniagaan, dan hal-hal lain yang dianggap sukar untuk diperoleh. 

Tatkala memperoleh sesuatu yang dihajati atau mendapat sesuatu yang di luar jangkaan barulah dianggap sebagai nikmat lalu bersyukur. Padahal, nikmat-nikmat tersebut hanyalah sebahagian kecil daripada nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita. Sesungguhnya, nikmat Allah yang lain jauh lebih besar daripada semua itu dan telah diberikan oleh Allah kepada kita dalam setiap detik kehidupan. Banyak sekali pemberian Allah yang tidak terlihat dan tidak ternilai harganya dan amat kita perlukan. 

Allah SWT berfirman, "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nahl: ayat 18).

Ya, kita tidak akan mampu menghitung nikmat Allah yang terlalu besar ini. Segala puji bagi Allah, belum sempat bibir kita mengucap syukur atas nikmat yang datang, maka datang lagi nikmat Allah yang lainnya. Moga kita menyedarinya dan menjadi insan yang sentiasa bersyukur.

 

8 ulasan:

  1. kena bersyukur dengan setiap nikmat yg diberi Allah Insyaallah bahagia hidup

    BalasPadam
  2. Itulah nikmatnya bila kita senantiasa mengingati Allah.

    BalasPadam
  3. semalam saya baru dengar ceramh UAI pasal ni kak..UAI kata cuba selam muka dalam besen..baru kita tau nikmat bernafas..syukur alhamdulillah, bagus entry ni :)

    BalasPadam
  4. BK syukur nikmat yg diberi sekarang

    ibu..BK nak buat tulisan mcm ibu tapi xtau. BK nak wat tabber widget cm ibu xjdik gak.BK dah try tapi...=(

    BalasPadam
  5. Aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberNya..aminn.

    BalasPadam
  6. betul tu ibu...salah satu nikmat yg sy selalu terlepas pandang adalah jantung yg masih berdenyut ni...

    BalasPadam
  7. Nikmat Allah terlalu besar, terlalu luas.. dan benarlah sememangnya tak akan terhitung. Mmg tak dpt dinafikan, kita sebagai manusia selalu alpa dgn nikmat dan kurniaannya hinggalah kita diuji dgn ujian Ilahi..

    Terima kasih kak utk entry yg sungguh memberi kesan ini..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama30 Mei, 2013

    ujian dari Allah SWT yg di datangkan pada kita itu juga satu rahmat yg patut kita syukuri cth kita diuji dgn kesakitan....baru kita dapat syukuri n tau nikmatnya masa sihat yg Allah SWT berikan pd kita . kita perlu sentiasa bersyukur dgn setiap nikmat yg ALLAH SWT kurnia kan pd kita.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.