Khamis, 1 Disember 2011

Tentang Saya

Assalamualaikum, salam mesra dan salam ukhuwah saya ucapkan kepada anda yang sudi meluangkan masa berkunjung, membaca dan meninggalkan komen di blog yang tidak seberapa ini.

Saya, Norsalmi Abdul Rahim berasal dari Jerantut, Pahang. Boleh panggil saya dengan apa jua panggilan yang dirasakan sesuai sama ada Salmi, Nor, Mi, atau panggil saja ibu.

Saya anak sulung daripada sepuluh orang adik-beradik dan kini adalah ibu kepada tiga orang puteri dan dua orang putera. Sedang berkhidmat sebagai pendidik di sebuah sekolah rendah di Jerantut, Pahang.

Blog ini memuatkan entri-entri berkaitan perkongsian ilmu dan pengalaman saya sendiri. Antaranya, aktiviti kami sekeluarga, pengalaman hidup saya sejak kecil dan entri berkaitan kerjaya seperti aktiviti-aktiviti anjuran sekolah, takwim persekolahan dan peperiksaan serta permohonan dan semakan ke sekolah dan IPT. Melalui blog ini juga saya kongsikan pelbagai petua dan kata-kata motivasi untuk renungan dan manfaat bersama. 

Blog ini hanyalah luahan hati dan perasaan saya, juga sebagai catatan kenangan dan ingatan buat mereka yang pernah mengisi hari-hari yang saya lalui sepanjang hidup ini. Andai ada bicara yang menguris rasa, harap diberi teguran kerana saya hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.  

Semoga kemunculan blog ini akan terus mendapat sokongan daripada semua pembaca. Terima kasih.
 

Terimalah bicara saya seadanya..






16 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu, re-post balik ye. hehehe nice ibu :)

    BalasPadam
  2. selamat berkenalan ibu. hehehe

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan dan Selamat berblogging kak... =D

    BalasPadam
  4. Gambar terbaru ke tu sebab kalau tengok, sapa percaya dah ada anak lima... sungguh Sal, macam budak form five gitu.

    BalasPadam
  5. masih nampak muda laa pic ibu tuu...

    BalasPadam
  6. selamat berkenalan ibu..:)

    BalasPadam
  7. ibu..veteran ibu dolu2 mcm mak BK

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum.. :)

    Selamat Hari Guru Kak Ummi ucapkan buat Cikgu Salmi semoga menjadi cikgu yang berdedikasai, berkualiti dan penuh kasih sayang....amin...:)

    BalasPadam
  9. Itu cikgu Ikin =D Hahahaha.. baru dapat tahu.. Cikgu BM Ikin masa sekolah rendah dulu ada blog juga. Heheh..

    - bekas anak murid kepada Cikgu Salmi (Ibu Berbicara)

    BalasPadam
  10. selamat berkenalan ibu ^_^

    BalasPadam
  11. Salam Ibu,
    Saya baru baca blog post Ibu mengenai solat Dhuha.Then saya realised nama Ibu sama seperti nama arwah Mama saya.Thank you for all the info about everything. They're priceless.
    Love and care,
    Hidayah.

    BalasPadam
  12. Suami ibu rupanya senior saya di maktab...

    BalasPadam
  13. As salam...

    Salam perkenalan ibu. Nama sy emy. Tq atas info2 yg menarik. Sy akan terus membaca hasil tulisan ibu. :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.