Sabtu, 6 April 2013

Mengiringi Anak Didik

Assalamualaikum dan Salam bahagia.

Alhamdulillah, sempat juga ibu menghadirkan diri dan mencoretkan sesuatu di sini biarpun telah hampir ke penghujung hari. Rindu akan bicara teman-teman di sini, namun masa terbatas sekali. 

Sepanjang minggu ibu sibuk dengan persediaan dua orang anak didik ke Karnival Bahasa Melayu peringkat negeri. Kedua-duanya mewakili daerah Jerantut dalam acara pidato diraja dan bercerita tahap satu. Kejayaan mereka di peringkat daerah telah ibu coretkan di sini.

Ibu melatih murid berpidato manakala bercerita dilatih oleh beberapa orang rakan guru yang lain. Sepanjang lebih 20 tahun bertugas sebagai pendidik, inilah kali pertama ibu menjadi jurulatih pidato. Walau tanpa pengalaman, juga sibuk dengan kelas peperiksaan, cabaran tetap disahut. 

Acara Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang 2013 bermula semalam dan akan berakhir esok. Puteri-puteri kami telahpun berjuang pagi dan petang tadi. Insyaallah, apa-apapun keputusan yang akan diumumkan pada majlis penutup tengah hari esok, kami akan menerimanya dengan hati terbuka. Apa yang penting, mereka telahpun membuktikan kesungguhan mereka.

 Nur Najihah - pidato diraja 

Aleeya Syazmeera - bercerita tahap 1

Ps: Baru sahaja sampai di rumah setelah berpergian sesudah subuh tadi. Terima kasih buat teman-teman yang sudi singgah. Maaf kerana belum berkesempatan membalas komen dan kunjungan.

13 ulasan:

  1. wahh hebatnya kak salmi.... kagumnya mia...

    BalasPadam
  2. semoga berjaya....TAHNIAH utk cikgu yang gigih melatih hingga ke peringkat ini....

    BalasPadam
  3. salam.

    jemput baca entri ini - http://www.ciklaili.com/2013/04/6-blog-pilihan-ciklailicom-part-6.html

    tahniah, anda terpilih untuk menjadi penulis jemputan ciklaili.com

    BalasPadam
  4. Tahniah cg kerana bjaya melatih anak didik ke peringkat negeri... bukan calang2 cg yg boleh buat begitu.. tahniah jg krn tersenarai dl 6 blog pilihan ciklaili.com

    BalasPadam
  5. tahniah cikgu
    salam perkenalan dari : suteraungu87.blogspot.com

    BalasPadam
  6. mesti letih kan kak..
    selamat berjaya buat anak-anak ni :)

    BalasPadam
  7. Semoga berjaya anak didik anda.

    BalasPadam
  8. Tahniah kpd wakil sekolah n gurunya jugak.......

    BalasPadam
  9. Tahniah Mie, usaha guru-guru yang tak pernah kenal lelah, semoga berjaya.

    BalasPadam
  10. tahniah buat anak murid n cikgunya..mesti penat kan kak.tp berbaloi..sbb usaha tu tangga kejayaaan.kalah menang tak penting,usaha tu yg utama....:)

    BalasPadam
  11. jasa mu dikenang cik gu..

    BalasPadam
  12. camne keputusannya agaknya ye...?

    BalasPadam
  13. Yang penting usaha kan Ibu..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.