Selasa, 28 Mei 2013

Fenomena Istiwa Matahari - Jom Semak Arah Kiblat

Sebagaimana ramai yang sedia maklum, Insyaallah petang ini tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia, akan berlaku fenomena Istiwa Matahari.  

Istiwa Matahari adalah fenomena atau peristiwa apabila kedudukan matahari akan berada tepat/tegak di atas kaabah. Fenomena ini hanya berlaku pada dua tarikh setiap tahun iaitu:


Tarikh
Waktu Malaysia
Waktu Mekah
28 Mei
5.16 pm
12.16 pm
16 Julai
5.28 pm
12.28 pm
 
Marilah kita merebut peluang ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat yang sebenar dari kediaman atau tempat kerja kita dengan  cara yang betul. Namun demikian, janganlah kita salah anggap pula. Sebenarnya, arah kiblat tidak berubah, yang mungkin berubah adalah tandaan kiblat di rumah, sekolah atau tempat kerja kita.

Cara-cara menyemak arah kiblat:
  1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata. Contohnya, sebatang pensel.
  2. Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
  3. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi. 
  4. Pastikan di kawasan tersebut matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
  5. Tunggu sehingga 5.16 pm (pada tarikh 28 Mei) atau 5.28 pm (pada tarikh 16 Julai).
  6. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
  7. Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
  8. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.

Sumber: sini

22 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu, thanks sharinggg. sheila baru tahu..

    BalasPadam
  2. baguslah ibu, thank you for sharing...

    BalasPadam
  3. thanks for sharing ibu. saya tak pernah tau pun selama ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Sue. Ibupun baru tahu..

      Padam
  4. jom jom...jangan lupa check petang ni... thanks for sharing ibu...

    BalasPadam
  5. good sharing ibu..:)

    BalasPadam
  6. tgh check ni......5.16 ptg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak terlepas la Yah. Kena tunggu pulak Julai nanti..

      Padam
  7. Tggu 16 julai ni...thanks 4 info

    BalasPadam
  8. alamak, dah terlepas lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah kita tunggu 16 Julai pulak..

      Padam
  9. Tanpa Nama28 Mei, 2013

    thanks for info..tp baru je baca blog sis dh terlepas la plak time tu...^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah kita tunggu 16 Julai nanti JS..

      Padam
  10. Alhamdulillah...dpt juga menyemak dgn anak lelaki ptg tadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ckLah.. Saya juga yang terlepas kali ni..

      Padam
  11. Tak sempat semalam IB duk kat Tesco!

    BalasPadam
  12. terlepas nak cek smlm....huhu

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.