Jumaat, 17 Mei 2013

Ude Memilih

Assalamualaikum dan salam mesra. 

Insyaallah, tahun ini seorang lagi anak ibu akan melanjutkan pelajaran. Ude bakal mengikut jejak Along dan Angah mengatur langkah menjejak ilmu. Ibu dan ayah memberi kepercayaan kepada anak-anak untuk memilih kursus pilihan mereka. Kami hanya memberikan pandangan, selebihnya terpulang kepada mereka sendiri.

Selepas keputusan SPM diumumkan pada 21 Mac 2013 yang lalu, Ude telah membuat beberapa permohonan bagi melanjutkan pelajaran. Selain memohon untuk mengikuti Program Matrikulasi, Ude juga telah memohon ke IPTS dan IPTA. Selain itu, Ude juga mengisi permohonan online bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013.

Terkejut juga ibu apabila Ude memaklumkan yang dia membuat permohonan PISMP kerana sebelum ini Along dan Angah memang tidak berminat langsung untuk memohon. Ude memohon Kursus Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Alhamdulillah, setelah Semakan Temuduga PISMP dibuat pada 6 Mei yang lalu, permohonan Ude telah berjaya dan dipanggil untuk menghadiri temuduga di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis pada hari Selasa, 14 Mei 2013.

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

Ude bertolak ke IPGKTAA bersama ayah seawal 7.15 pagi. Ibu tidak dapat menemani Ude kerana temuduga dijangka berlarutan hingga ke sebelah petang.  Faiq bersekolah manakala Faiz pula sibuk berlatih untuk pertandingan nasyid peringkat daerah. 

Alhamdulillah, menurut Ude temuduga ok je. Walau bagaimanapun, memandangkan semakan tawaran bagi calon yang berjaya dalam temuduga hanya dibuka pada 17 Jun 2013, maka buat masa ini Ude perlu melupakan tentang PISMP dan membuat pilihan lain.

Jika baru-baru ini ibu memilih dalam PRU-13, kini Ude pula yang perlu membuat pilihan; Program Asasi Sains, Matrikulasi Sains, Persediaan A-Level (kejuruteraan) atau Diploma Undang-undang.

12 ulasan:

  1. Waa,mesti gempak ni result kan :) Tahniah ya buat ibu dan anak ibu :) In syaa Allah berjaya di dunia dan akhirat ^_^

    BalasPadam
  2. Semoga Ude membuat pilihan yang tepat untuk dirinya.

    BalasPadam
  3. TAHNIAH ude, kak mie n ayahya.....Angah akhirnya memilih asasi dan melupakan matrikulasi......terserah pd pilihan anak.....

    BalasPadam
  4. tahniah ude...BK dah lepas tnggal nk smbg dgree tapi bukan sekrg sbb komitmen BK dekat keluarga masih ada lagi selama2nya

    BalasPadam
  5. semoga Ude membuat pilihan yang tepat :)

    BalasPadam
  6. Salam Mie.
    Alhamdulillah, tentu cemerlang pencapaian Ude, moga Ude membuat pilihan terbaik dan dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya, moga dipermudahkan.

    BalasPadam
  7. moga ude akan membuat pilihan yg terbaik ye kak mie.

    BalasPadam
  8. wahhhhh... tahniah uda. buatlah pilihan yang tepat .

    BalasPadam
  9. tahniah ude, buat pilihan yang sesuai..insha ALLAH
    dulu lecturer saya selalu nasihatkan suruh ambil course
    edu, tapi saya ignore..last2 susah nak dapat kerja,
    btw semuanya rezeki dari Allah yang penting kita usaha..
    good luck :)

    BalasPadam
  10. ude..buat pilihan yag terbaik..:)

    BalasPadam
  11. ooh ude minat nak jadi cikgu rupanya....semoga sukses nanti... :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.