Ahad, 30 Jun 2013

Minat Baru

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini dapat juga ibu menjenguk ke sini buat seketika. Sepanjang minggu lepas ibu tidak berkesempatan berbicara di sini lantaran sibuk dengan beberapa aktiviti sekolah.

Rabu, 26 Jun yang lepas, sepuluh orang ahli Pandu Puteri Tunas sekolah ibu terlibat dengan Program Turun Padang Persatuan Pandu Puteri Jerantut bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar. Setiap sekolah dibahagikan mengikut aktiviti masing-masing iaitu jahitan, gubahan, kraf tangan, masakan dan pameran. Sekolah ibu terlibat dengan gubahan (tuala) dan jahitan (brooch).

Walaupun bukan guru Persatuan Pandu Puteri, namun ibu diminta untuk membantu rakan-rakan membimbing para peserta membuat brooch untuk dibawa ke program tersebut. Dalam masa dua tiga hari, sempat juga ibu berkreativiti mereka brooch daripada riben. 

Antara brooch yang telah ibu hasilkan. Macam mana, ok tak?

Ramai pulak yang berminat dengan brooch yang ibu buat ni. Ada yang dah menempah untuk hari raya nanti.

Ps: Artikel tentang Program Turun Padang Persatuan Pandu Puteri Jerantut bersama Tengku Puan Pahang boleh dibaca di sini.

Ahad, 23 Jun 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Rabu, 19 Jun 2013

Wordless Wednesday 19

Klik pada gambar untuk besarkan

Jerebu

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca Jerebu
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

  NILAI IPU 
STATUS
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya


Ikuti perkembangan semasa melalui media massa untuk mengetahui tahap jerebu semasa supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Kesan Jerebu kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Sukar bernafas atau sesak nafas
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan terasa gatal-gatal
  • Terasa sakit dada
*Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. 
Ikuti nasihat berikut:
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berasa dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Sumber: SINI

Ahad, 16 Jun 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Sabtu, 15 Jun 2013

CPUV Pernah Singgah Rupa-rupanya..

Assalamualaikum dan salam mesra.

Sejak aktif berblog, tidak pernah ibu berbicara tentang Nuffnang. Ibu mendaftar dengan Nuffnang pun hanyalah pada Oktober 2012. Daftarpun hanya suka-suka. 


Selalu juga ibu baca cerita teman-teman blogger tentang hasil yang mereka peroleh daripada encik nuffnang ni. Teruja juga apabila dapat tahu ada yang memperoleh hasil yang cukup lumayan daripada encik nuffnang, namun ibu tidak mengharapkan apa-apa (ayat sedar diri), maklumlah blog ibu ni tidak sehebat blog orang lain. Pengunjungpun ciput je. Jadi, kebarangkalian untuk mendapat CPUV sangatlah tipis.

Baru-baru ini cubalah semak Earning dekat Nuffang. Tak diduga sama sekali, rupa-rupanya CPUV pernah melekat di blog ibu ni. Bukan satu, bukan dua, dah banyak kali rupa-rupanya. Tapi sayang, dapat tahu pun dah lewat. Kalau dapat tahu masa tengah on going kan lebih seronok. Walaupun dapat ciput je, Alhamdulillah merasa jugalah. Insyaallah, tak lama lagi bolehlah cashout.



Apa-apapun terima kasih kepada pihak Nuffnang dan pengiklan yang sudi beriklan di sini. Lepas ni berilah CPUV lagi ye...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.com

Lamanya ibu tak join segmen. Hari ini terbuka hati nak join segmen anjuran Cik Puan Bubbly ni..


Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Ps: Jom, support Farah..

Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013


Setelah berlangsung selama lima hari, malam tadi berakhirlah MajlisTilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-56Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan pada kali ini telah diadakan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.

Berikut adalah senarai pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56:

Qari
Johan: Anuar Bin Hasin (Perak) - 92.33% 
Naib Johan: Amir Rahman Bin Abas (Negeri Sembilan) - 89.67%
Ketiga - Muhamad Hafaz Bin Ali (Terengganu) - 86.67%

Qariah
Johan: Hanimzah Haji Jalaluddin (Pahang) - 88.34% 
Naib Johan: Nor Azrah Binti Ayu (Johor) - 86%
Ketiga: Marzian Binti Mohd Deli (Kedah) - 84.34%

Johan Keseluruhan: Perak Darul Ridzuan

Hadiah
  • Johan: Wang tunai RM15,000, pakej mengerjakan haji, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan serta kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji
  • Naib Johan: Wang tunai RM10,000, pakej mengerjakan haji, cenderamata dan sijil penyertaan 
  • Ketiga: Wang tunai RM7,000, pakej mengerjakan haji, cenderamata dan sijil penyertaan 
  • Saguhati: Wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan

Khamis, 13 Jun 2013

Petua Rumah Tangga Bahagia

Isu-isu yang berkaitan dengan pembentukan keluarga bahagia kerap dibincangkan di media masa. Hal-hal yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan memang wajar diperkatakan kerana keluarga merupakan asas dalam pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera.

Pembinaan keluarga bahagia mestilah menerapkan cara hidup yang positif berlandaskan ilmu dan nilai-nilai yang baik. Berikut adalah beberapa petua untuk memperoleh keluarga bahagia.
  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

 Sumber: SINI

Rabu, 12 Jun 2013

Semakan Rayuan ke IPTA dan Politeknik Lepasan SPM

Semakan Rayuan ke IPTA dan Politeknik Lepasan SPM/Setaraf 
Sesi Akademik 2013/2014 


Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf boleh disemak mulai 12 tengah hari esok, 13 Jun 2013.

Semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier di http://upu.mohe.gov.my.

Calon-calon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan mulai 14 Jun 2013.

Untuk bantuan, calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777.

Selasa, 11 Jun 2013

Sulaman Manik Permintaan Teman

Sudah agak lama tidak berkongsi sulaman manik bekas tangan ibu di blog ini. Mana tidaknya, sudah begitu lama ibu tidak berkesempatan melayan minat yang satu ini dek kekangan masa dengan kerja dan menguruskan anak-anak.

Hari terakhir sebelum cuti sekolah baru-baru ini, seorang rakan sekerja menghampiri ibu dan meghulurkan sepasang bajunya kepada ibu. "Boleh tak akak tolong sulam manik?" kata rakan ibu tu. "Baju ni saya nak pakai konvo nanti", jelasnya lagi. 

Terdiam ibu seketika. Terus tergambar kesibukan yang telahpun menanti sepanjang cuti. Perkahwinan adik, urusan pendaftaran Ude dan rawatan Angah. Hendak saja ibu pulangkan semula baju yang dahpun berada di tangan ibu tu. Namun, apabila dia bersungguh-sungguh meminta pertolongan ibu, tidak sampai hati pula rasanya. Akhirnya ibu bersetuju setelah mencongak-congak masa yang masih terluang.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga ibu menyiapkan sulaman manik ini sebelum kami ke Bukit Besi. 

Sulaman pada lengan baju.

 Zoom sikit...

Sulaman di bahagian kaki baju.

 
 Lagi..

dan lagi..

Motif bunga yang menjalar dari bahagian tengah kaki baju ke bahagian tepi. 

Ps: Jika ingin melihat hasil tangan ibu sebelum ini bolehlah ke sini dan sini.

Isnin, 10 Jun 2013

Diari Cuti Ini

Berakhir sudah cuti persekolahan selama dua minggu. Cuti kali ini merupakan cuti yang paling sibuk buat ibu sekeluarga.

Sebelum cuti lagi ibu telah sibuk menyiapkan hantaran perkahwinan adik bongsu ibu. Majlis perkahwinan telah berlangsung pada 25 Mei. Dua hari selepas itu, iaitu pada 27 Mei kami ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pula. Akhirnya, Ude membuat pilihan untuk menyambung pelajaran di sana. 

Pada 1 Jun pula kami bertolak ke Segamat bagi menghadiri majlis menyambut menantu adik ibu. Dalam perjalanan ke Segamat, kami singgah sekali lagi di KMNS di Kuala Pilah untuk mengambil Ude. Para pelajar yang baru mendaftar diberi kebenaran untuk pulang bagi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan borang perjanjian dan beberapa urusan lain. Ude tidak lepaskan peluang ini untuk bersama-sama kami ke Segamat.

Setelah majlis selesai keesokannya, kami terus pulang ke Jerantut. Hampir pukul 11 malam barulah kami tiba di rumah. Belum pun hilang penat, keesokannya kami sekali lagi ke Kuala Pilah untuk menghantar Ude. 

Hari Rabu ibu ke sekolah kerana ada kelas tambahan. Agak mengecewakan kerana beberapa orang murid kelas ibu tidak hadir. Yang hadirpun tidak semuanya bersemangat untuk belajar. Ada yang datang dengan tangan kosong; tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan sebelum ini.

Hari Jumaat kami membawa Angah ke Kuantan Medical Centre untuk mendapatkan rawatan. Beberapa hari sebelum itu, ibu dan ayah juga membawa Angah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam. Ibu pernah ceritakan tentang penyakit Angah di sini

Hari Sabtu, kami bertolak ke Bukit Besi, Dungun. Jika sebelum ini Angah belajar di Uitm Dungun, kini Angah telah berpindah ke kampus baru di Bukit Besi. Kesian juga ibu tengokkan. Berpindah ke tempat baru bukanlah masalah besar, tetapi menjadi masalah apabila beberapa kemudahan masih tidak disediakan sehingga hari pendaftran. Insyaallah akan ibu ceritakan dalam entri akan datang.

Antara bangunan asrama yang terdapat di kampus baru ini.

Kami bermalam di sebuah homestay di sini. Dapat jugalah kami merasai suasana malam di pekan Bukit Besi yang agak sunyi ini. Tengah hari semalam kami bertolak pulang setelah segala urusan Angah di sini selesai. 

P/s: Ada sesuatu yang menarik di Bukit Besi. Nanti ibu ceritakan.


Ahad, 9 Jun 2013

Khasiat Pegaga

Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica adalah sejenis ulam yang bernutrisi dan berkhasiat, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga  sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Google image

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.  

Selain dimakan sebagai ulam, masyarakat Melayu menggunakan pegaga untuk menyembuhkan penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser dan luka-luka. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina pula, pegaga digunakan untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga ialah: 
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah

Sumber: SINI

Trafik Ibu Berbicara - Mei 2013

Ini adalah kali keempat ibu keluarkan laporan trafik bulanan bagi blog ini setelah semakan dibuat di Google Analytics.

Pecahan trafik adalah seperti berikut:



Search Traffic: 23,207 visits

Direct Traffic: 6,102 visits

Refferal Traffic: 1,523 visits

 

 

Alhamdulillah, walaupun menyepi lebih seminggu pada bulan Mei lepas, jumlah kunjungan ke sini tetap menggembirakan ibu. Prestasi Trafik Bulan Mei meningkat kepada 30,832 berbanding Trafik Bulan April sebanyak 22,498. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi singgah di sini. Kehadiran kalian amatlah dihargai.

Sabtu, 8 Jun 2013

Hantaran Kasih: Sharina ❤ Azman

Alhamdulillah, pada 24 Mei yang lalu, adik bongsu ibu, Nor Sharina telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Azman Azli. Majlis kenduri kahwin telah diadakan pada keesokan harinya.

Sekali lagi ibu diamanahkan untuk menyiapkan hantaran perkahwinan. Alhamdulillah, dalam kesibukan tugas, berjaya juga ibu menyiapkan sembilan dulang hantaran. Jika hantaran pertunangan dulu bertema hijau-putih, hantaran perkahwinan pula bertema merah-putih. 

Jom tengok gubahan hantaran yang simple hasil tangan ibu.

Sirih
 
Buku agama

Bunga rampai

Set wangian

Jam tangan

Wallet dan tali pinggang

Kemeja dan seluar panjang

Kasut

Coklat

Ude di Majlis Anugerah Cemerlang SPM dan STPM 2012

Assalamualaikum dan salam ceria.

Lamanya tak bercerita pasal keluarga di sini. Sebenarnya, banyak peristiwa yang berlaku namun kekangan masa tak mengizinkan ibu berbicara panjang di sini. Entri ini pun dah lama terperam. Kononnya nak karang cantik-cantik sebelum diterbitkan, maklumlah entri istimewa buat Ude namun nampaknya semuanya tinggal angan-angan je.

Majlis Anugerah Cemerlang SPM dan STPM ini berlangsung pada 25 April yang lalu. Seperti biasa, ibu dan ayah akan hadir pada majlis sebegini sebagai tanda penghargaan atas kejayaan anak-anak. Walau bagaimanapun, tidak banyak gambar yang dapat dirakamkan kerana ibu terlupa bawa kamera. Gambar yang ada inipun adalah ehsan daripada telefon bimbit ibu.
 
Anak-anak berpeluang bergambar bersama guru-guru dan ibu bapa.

 Ude bersama rakan-rakan.
 
Inilah gambar dalam entri Wordless Wednesday 17. Ibu dan Ude bersama rakan ibu dan anaknya yang juga rakan sekelas Ude.
 
Mereka berdua adalah rakan ibu sejak zaman persekolahan. Yang di sebelah kiri, Lee Kwai Fong adalah rakan sekelas ibu semasa di tingkatan satu hingga tingkatan lima, manakala yang di sebelah kanan, Teo Soh Ching merupakan rakan sekelas semasa di tingkatan lima dan enam. Kami juga pernah menuntut di maktab perguruan yang sama. Kebetulan pula Ude dan anak-anak mereka belajar di kelas yang sama, malah anak-anak sulung kami dulu juga sekelas.