Ahad, 9 Jun 2013

Khasiat Pegaga

Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica adalah sejenis ulam yang bernutrisi dan berkhasiat, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga  sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Google image

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.  

Selain dimakan sebagai ulam, masyarakat Melayu menggunakan pegaga untuk menyembuhkan penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser dan luka-luka. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina pula, pegaga digunakan untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga ialah: 
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah

Sumber: SINI

3 ulasan:

  1. In selalu minum jus pegaga mak In buat :) Blend pegaga and letak sikit gula. Sedap ^_^

    BalasPadam
  2. buat ulam gtu je pun sedap.. wangi dan rangup makan segar2... :) awet muda mak saya kata.. :)

    BalasPadam
  3. yah peminat ulam ttp tak tahu kenapa xminat pegaga....mungkin baunya kot....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.