Assalamualaikum. Selamat pagi.
Tidak ramai yang menggemari sayur tauge. Selalunya tauge dilihat sebagai hidangan yang tidak menyelerakan, lebih-lebih lagi oleh kanak-kanak. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk hidangan ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Antara khasit tauge ialah:
Meningkatkan Kesuburan
Tauge dikatakan
mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge
oleh kaum lelaki mampu meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan
telur yang dihasilkan.
Cegah Kanser
Tauge mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca
kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,
alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang
berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis
asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser
leukimia, usus besar dan pankreas.
Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang dapat meningkatkan
kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang
(osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat
membantu menghindar mereka daripada kanser payudara, gangguan
menjelang haid, simptom pramenopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Kurangkan Lemak
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge, secara umum
kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit
strok dan serangan jantung gara-gara kadar lemak darah yang tinggi
dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi
dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan
lemak baik HDL.
Lebih Muda
Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal
bebas perosak sel DNA. Oleh itu, tauge
merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Buang Kotoran
Tauge juga membantu membuang
kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air.
Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun
dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan
bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.