Khamis, 11 Julai 2013

Sambal Hitam Bekalan ke Kuala Pilah

Kali ini kami menyambut Ramadhan tanpa Angah dan Ude. Tahun ini adalah tahun kedua Angah berpuasa di rantau orang tapi kali pertama buat Ude. Alhamdulillah, Along dah cuti semester, dapatlah berpuasa dengan kami kali ini

Dua minggu lepas Ude hubungi ibu dan maklumkan yang dia ingin balik sebelum menyambut puasa. Jumaat minggu lepas kami ke Kuala Pilah untuk mengambil Ude. Sekadar balik hujung minggu, jadi hanya dua malam Ude di rumah. 

Sebagai bekalan balik ke kolej, ibu masakkan sambal hitam. Rakan-rakan sebilik Ude amat gemar dengan sambal hitam ni. Bagi yang belum tahu, sambal hitam adalah masakan tradisional orang Jerantut, Pahang. Pernah ibu ceritakan di SINI


Jom tengok bahan-bahannya..
Bilis

Belimbing rebus

Cili api

Bawang besar

 Inilah sambal hitam yang dibawa Ude ke Kuala Pilah.

Resipi Sambal Hitam

Bahan-bahan: 
  • ½ cawan belimbing rebus (ditumbuk lumat)
  • ½ cawan cili padi (ditumbuk lumat)
  • 2 cawan ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 6 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar (ditumbuk lumat) 
  • ½ cawan minyak masak



Cara memasak:


  1. Panaskan minyak masak.  Masukkan semua bahan tadi dan gaul rata.
  2. Goreng dengan api kecil sehingga berbau harum dan ikan bilis agak garing. 

Selain sambal hitam kegemaran rakan-rakan Ude, ibu juga buatkan sambal cili api bilis+tempe  kesukaan Ude.

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu, sodapnya. sheila suka sambal. suka tempe! selalu angah sheila masak ni, mesti sheila orang pertama makan. hehehheee

    BalasPadam
  2. sedapnya kak mie...tringin sgt nk makan yg kak mie masak......
    Sedihkan kak mie bila ank2 xdpt brsama trutama bln puasa nie.....

    BalasPadam
  3. Sedapnya. Nyum3.. Selamat berpuasa.. :-)

    BalasPadam
  4. Teringin lah pulak saya nak merasa sambal hitam tu... tak pernah makan...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama11 Julai, 2013

    sedapnye sis..js baru je nk wat ikanbilis ngan kacang tanah tp lum smp...hehe

    BalasPadam
  6. senang juga ye nak buat.. nak try la nnti

    BalasPadam
  7. Saya suka sambal Tempe ibu..hari ni mak saya kebetulan masak sambal tempe ni..heheh

    BalasPadam
  8. teringinnya nak makan sambal hitam tu.tak penah dengar sebelum ni.best gak kalau nk cuba buat nnt

    BalasPadam
  9. Sedap nyer ... Tentu berselera anak2 makan ...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama18 Julai, 2013

    Sedapnya sambal tu... saya pun memang kaki sambal.

    BalasPadam
  11. aida pernah rasa sambal itam ni.
    member org pahang bwk balik everytime dia balik kampung...
    sedap!!! aida siap order.
    kata nyer belimbing tu kena masak dlm tin hingga itam kan?

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.