Rabu, 7 Ogos 2013

Bersua Kembali

Alhamdulillah, dapat juga ibu berbicara di sini setelah sekian lama menyepi. Maaf ibu pohon buat pengunjung blog kecil ibu ini juga buat teman-teman yang sapaan mereka belum berbalas. 

Sebenarnya, ibu agak sibuk pada Ramadan kali ini. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi UPSR bakal menjengah. Namun demikian, anak didik belum juga bersedia. Ini dapat dilihat dari keputusan ujian Jun lalu yang amat "luar biasa".

Hasil perbincangan dengan pihak pentadbir dan rakan-rakan guru, maka satu program yang "luar biasa" juga terpaksa dilaksanakan. Program ini menuntut pengorbanan masa dan tenaga oleh para guru.

Maaf ye, bukanlah sengaja bercerita tentang kesibukan ibu, cuma ingin memaklumkan  inilah antara  faktor mengapa blog ini sepi tanpa bicara.

Ps: Moga tak sepi lagi selepas ini. 


5 ulasan:

  1. salam ibu..slmt berjuang dgn calon2 upsr...semoga berjaya nanti...selamat hari raya aidil fitri...

    BalasPadam
  2. selamat berjuang dan salam aidilfitri , maaf zahir & batin :)

    BalasPadam
  3. Semoga anak2 didik berjaya dlm upsr..InsyaAllah
    Selamat hari raya kak, maaf jua dipinta andai ada salah silap.

    BalasPadam
  4. Yelah dah nak upsr pun kan.

    BalasPadam
  5. tak pe kak salmi.... ;)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.