Jumaat, 28 Mac 2014

Bertamu di Melaka




Cuti sekolah kali ini agak padat buat ibu sekeluarga. Sehari selepas misi Menjejak Kasih ke Darul Iman, kami terus ke rumah adik ibu di Putrajaya. Dek bermacam-macam urusan, sesudah Asar barulah kami bertolak dan tiba di Putrajaya hampir pukul 10.00 malam.

Jam 10.00 pagi tadi, ibu bersama empat orang adik dan keluarga masing-masing bertolak ke Melaka untuk program Family Gathering di sana. Empat orang lagi adik ibu bersama keluarga masing-masing bertolak dari Jerantut bersama emak dan ayah.

Perjalanan kami lancar dan kami tiba di destinasi lebih kurang pukul 2.00 petang. Konvoi dari Jerantut tiba agak lewat kerana terpaksa berhenti beberapa kali. Hujan lebat dan suatu ketika mereka bersama beberapa orang pengguna jalan raya yang lain terpaksa memotong pokok tumbang yang merentangi jalan raya. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah semuanya selamat tiba.

Setelah tiba di homestay yang terletak berhadapan dengan pantai, kami menikmati bekalan makanan yang telah disediakan pagi-pagi lagi sebelum bertolak ke sini. Hampir pukul 6.15 petang barulah berkesempatan memenuhi permintaan anak-anak yang sebaik tiba sudah memujuk untuk ke pantai.

Di pantai, kami sekadar bersantai-santai sambil menikmati panorama senja  nan indah. Di pantai mana kami bertamu? Insyaallah, akan ibu ceritakan dalam entri seterusnya.


2 ulasan:

  1. Pantai mana tu ibu..klebang ke? Bestnya sesekali buat family gathering kan..mesti meriah gitu..:)

    BalasPadam
  2. Banyak rintangan keluarga dari Jerantut nak sampai ke gathering tu. Tapi alhamdulillah akhirnya misi tercapai dan berjaya.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.