Jumaat, 23 Mei 2014

Menyemak Kertas Ujian

Alhamdulillah, berakhir sudah peperiksaan minggu ini. Empat hari anak didik termasuk anak sendiri memerah otak menjawab soalan Perperiksaan Pertengahan Tahun. Itu bagi yang bersungguh-sungguh dan menganggap peperiksaan itu penting. Ada juga yang hari-hari peperiksaannya tak ada beza pun dengan hari-hari lain.

Hari ini ada cikgu-cikgu yang dah mula membincangkan jawapan peperiksaan dengan murid-murid. Bagi ibu sendiri, beberapa kertas telahpun siap disemak dan hari ini murid-murid telahpun mendapat markah masing-masing.

Tugas menyemak kertas ujian bukanlah terlalu susah namun bukan juga kerja yang mudah. Tahap kesabaran perlu tinggi supaya tidak kecewa dengan hasil yang diperoleh. Jawapan murid-murid ni kadang-kadang tak boleh dijangka tambah-tambah bagi kertas ujian bertulis. Ada ketikanya cikgu yang menyemak ketawa geli hati dan ada ketikanya geram sendiri. Terkadang cikgu sendiri keliru, "Aku yang tersilap ajar ke?"

Berdasarkan pengalaman, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi ketika menyemak kertas ujian. Memang benar, di kelas kita telah mengajar sepenuh hati dan murid telah mencapai objektif yang dingini. Namun, lain jadinya apabila diterjemahkan dalam bentuk jawapan di dalam kertas ujian.

jawapan murid 
Berulang kali murid dipesan agar menyemak jawapan sebelum dihantar namun cikgu tetap menerima jawapan sebegini. Sabar aje lah..

4 ulasan:

  1. haha selamat menyemak kertas cikgu..hehe

    BalasPadam
  2. Huhuhu....sbr ajelah cikgu

    BalasPadam
  3. macam-macam kerenah dengan anak murid ni yea akak.

    BalasPadam
  4. Salam perkenalan...biasalah kak..kalau jawab nak cepat siap je..pesan berkali2 suruh semak

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.