Isnin, 26 Mei 2014

Petua Meredakan Demam

Jika ada anak yang demam, sudah pasti ibu dan ayah tidak senang duduk mencari jalan untuk menyembuhkan si anak atau sekurang-kurangnya mencari jalan untuk menurunkan suhu badannya yang tinggi.

Masih ibu ingat masa kecil-kecil dulu, jika ibu atau adik-adik demam, emak amalkan beberapa petua untuk meredakan demam dan panas badan. Seingat ibu, petua yang emak amalkan betul-betul mujarab. Cepat je suhu badan yang tinggi tu turun. 

Ketika itu, bukan mudah untuk kami ke klinik atau hospital kerana kami tinggal nun jauh di kampung. Tambahan pula kami tidak punya kenderaan untuk bergerak ke sana sini. Maka, petua tradisionallah yang menjadi penyelesaiannya.

Bagi ibu bapa yang tercari-cari petua tradisional untuk menurunkan suhu badan anak yang demam, di sini ibu kongsikan.

Petua Meredakan Demam 
  1. Beberapa helai daun bunga raya atau daun bunga cina atau daun lada (cili api) diramas-ramas dalam semangkuk air bersih. Jaramkan seluruh kepala dan ubun-ubun dengan air tersebut. Ulang beberapa kali hingga demam anak kebah
  2. Sebuku asam jawa diramas dengan sedikit air. Sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Lakukan sehingga betul-betul sembuh. 
  3. Beberapa helai daun sirih diramas dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaram kepala dengan  ramuan ini. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
  4. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya, bersihkan lalu diparut. Parutan tersebut ditepekkan di dahi. Jika parutan kering, gantikan dengan parutan yang baru. Lakukan sehingga suhu badan menurun.
  5. Rendam buah kembang semangkuk dan halwa kundur lebih kurang 1/2 -  1 jam di dalam air masak/putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.
  6. Pegaga termasuk akarnya dibersihkan dengan air garam lalu dikisar. Minumlah jusnya untuk menurunkan suhu badan. Boleh ditambah gula batu jika ingin rasa manis.
  7. Segenggam beras pulut disangai (goreng tanpa minyak) sehingga kekuningan. Campurkan dengan secawan air panas. Setelah air tersebut suam, tapiskan dan boleh diminum.
Masa anak sulung demam ibu pernah bawa ke klinik tapi doktor pesan kalau demam tak serius tak perlu bagi makan ubat. Jadi, balik ke rumah ibu amalkan petua no. 1 dan 2. Alhamdulillah serasi dengan along. Petua yang sama ibu amalkan untuk anak-anak yang lain.

Ps: Air beras goreng tu terasa-rasa di tekak ini sebab emak selalu buatkan untuk kami adik-beradik. 

6 ulasan:

  1. oh, petua yang bagus bagi ibu muda seperti mama .. :) thanks ibu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Niza.
      Tgh2 mlm atau sebelum ke klinik boleh cuba petua2 ni.

      Padam
  2. petua lama2 ni berkesan kak mie..masa 4Farahs kecik2 yah guna jugak petua2 tu terutama bunga raya dan asam jawa tu...mmg cpt sejuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Yah. Inilah antara amalan akak utk anak2 selama ni. Kalau demam berlarutan baru lah ke klinik

      Padam
  3. bagusnyaa..kalau dulu mama selalu jelum dgn air asam jawa..:)

    BalasPadam
  4. Assalam...

    petua yang sangat berguna...anak tgh demam ni..boleh lah cube nanti

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.