Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan setiap
daripada kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Gunakanlah segala kelebihan
diri ke arah kebaikan dan jangan sesekali berputus asa dengan kekurangan diri. Sentiasa
bersikap positif dan buktikan bahawa kekurangan diri bukan penghalang untuk mencapai
kejayaan.
Mari kita ambil iktibar daripada sebatang
pensel. Pensel hanya akan menulis jika ada manusia yang memegangnya. Baik atau
buruknya tulisan adalah bergantung kepada penulisnya. Begitulah juga dengan
kehidupan kita di dunia ini. Sekiranya kita dibimbing oleh orang yang baik,
maka baiklah jadinya.
Pensel perlu diasah
berulang kali agar sentiasa tajam untuk terus menulis. Begitu juga yang berlaku
dalam hidup kita. Kita mestilah berani menempuh cabaran untuk membina kekuatan
diri dan menjadi insan yang tabah.
Ada kalanya pensel menghasilkan
tulisan yang salah. Namun tulisan itu boleh dipadam dan dibetulkan semula. Begitu
juga dengan kita, kita
mampu memperbaiki segala kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan dan wajiblah berusaha mengubah diri menjadi lebih baik.
Bagi sebatang pensel, sudah
tentu rod karbon di dalamnya yang membolehkan pensel itu berfungsi untuk menulis.
Demikianlah juga dengan manusia. Hati dan rohani yang kukuh pasti dapat
mendorong kita menjadi insan yang sentiasa bermotivasi serta selalu berusaha
untuk berjaya.
Pensel akan
meninggalkan kesan
walau apapun jenis kertas yang digunakan. Begitu juga manusia, apa sahaja yang kita buat pasti meninggalkan kesan kepada diri atau orang lain. Oleh itu, kita harus
berhati-hati dan bijak bertindak agar dapat memberi impak yang positif kepada
diri sendiri dan orang di sekitar kita.
Sama-samalah kita bina kekuatan diri untuk mencipta kejayaan seterusnya memenuhi fitrah serta tujuan kita diciptakan.
Ps: Pesanan khusus buat diri sendiri
Ps: Pesanan khusus buat diri sendiri
Setuju , jadi kita perlu sentiasa memperbaiki diri Setiap hari ;)
BalasPadamBetul Adyna kerana kita tidak tahu adakah esok masih ada untuk kita
PadaminshaAllah..moga lebih bermotivasi..:)
BalasPadamInsya-Allah Husna..
Padamindeed..hanya diri kita saja yg mampu membentuk dan mencorakkan peribadi kita..:)
BalasPadamBetul Mime.. Kitalah yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Orang di sekeliling hanya membantu dan memberi sokongan
Padam