Isnin, 2 Jun 2014

Masa Rehat Sebenarnya


Dunia ini hanyalah tempat persinggahan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh ke akhirat. Sayugialah bagi kita mencari bekalan yang memungkinkan kita sampai ke akhirat dengan baik. Sesungguhnya, akhirat jualah tempat yang paling menyeronokkan dan paling merehatkan sekiranya kita berjaya mendapatkan syurga-Nya. 

Bagaimana hendak mendapatkan syurga-Nya? Sudah tentu dengan mendapatkan rahmat Allah SWT. Bagaimana pula mahu mendapatkan rahmat Allah? Sudah tentu dengan menjemput kasih dan cinta-Nya melalui usaha kita dalam mentaati-Nya. Sama-samalah kita bermuhasabah, menilai dan memperbaiki diri.

16 ulasan:

  1. selagi hidup selagi itu tidak akan pernah ada istilah rehat...ada saja yang perlu kita lakukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Farah.. tiada istilah rehat sbnr selagi kitabhidup

      Padam
  2. Betul kak ibu salmi.... dan untuk melangkah kesana ada kerja yang perlu diselesaikan.... dinda nak solat dulu...

    BalasPadam
  3. singgah sini... sama sama kita ingat mengingati..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah
    santapan rohani untuk petang ni kak
    terima kasih share,
    moga kita semua dirahmati Allah

    BalasPadam
  5. selalu juga dengar cerita dari para ulama dan ustaz...
    pahala untuk bersembahyang di masjid di madinah dan mekah sahaja, sudah begitu besar ganjarannya...
    tetapi para sahabat sanggup tinggalkan mekah dan madinah untuk menyebarkan Islam...
    sehingga pernah satu ketika, tiada seorang pun lelaki yang akil baligh di sana..
    maksud tersiratnya, pahala yang akan dikecapi, jauh lebih besar...peluang yang sama juga ada pada kita...tunjukkan pekerti islam pada semua...ini juga salah satu cara berdakwah...
    semoga kita semua diberkati selalu...
    ~blogspot : rawatankanser2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar sekali.. berdakwah adalah tanggungjawab semua umat Islam dan byk cara utk kita melaksanakannya

      Padam
  6. Singgah sini..perkongsian yang amat menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ummi hana sudi singgah

      Padam
  7. Kena buat amal untuk kehidupan selepa mati akak kan. Terima kasih peringatan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. itulah bekalan kita untuk ke tempat abadi

      Padam
  8. Bersama kita renungkan kemana arah diri kita ni. Selagi ada peluang utk perbaiki diri cari bekalan utk di sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. sentiasa perbaiki dan mempersiapkan diri

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.