Ahad, 1 Jun 2014

Rebung Madu

Tentu ramai yang suka makan rebung. Betulkan? Pernah makan rebung madu tak? Rebung madu ini rasanya lebih manis berbanding rebung biasa. Rebung madu ni katanya tidak memberi kesan seperti lemah badan dan sakit urat kepada penggemarnya. Malah, wanita lepas bersalin masih boleh menikmati masakan buluh madu ini. 

Rebung madu sesuai disediakan dengan pelbagai jenis masakan seperti kari, masak lemak, acar, asam pedas dan dibuat ulam dengan sambal.


rebung

Ini rebung madu yang ini telahpun dicelur, pemberian rakan sekerja ibu, Kak Bibah 
beberapa hari lepas. Kak Bibah memang tau ibu gemarkan rebung. Menurut Kak Bibah, dia a
da menanam beberapa rumpun buluh madu berhampiran rumahnya.

Kata Kak Bibah, rebung madu juga sedap dimasak opor. Insya-Allah, lepas ni bolehlah ibu masak resipi opor buluh madu. Kebetulan, rempah opor ada di rumah.

Pokok buluh madu berbeza daripada buluh biasa kerana tidak mempunyai miang atau bulu pada bahagian pokok dan rebung. Rebung buluh madu ini boleh bertahan sehingga sebulan sekiranya disimpan di dalam peti sejuk tanpa perlu menukar airnya.



6 ulasan:

  1. masak lmak rebung dgn perut lembu..sdapnya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lemak rebung dgn perut lembu ni biasa makan masa kenduri..

      Padam
  2. Nak kena jumpa k.bibah jugak la nampaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Kata Kak Bibah banyak, bolehlah Gee..

      Padam
  3. husna suka jugak rebung.. tapi bukan yg style peram tuh..
    yg tu tak suka.. busuk..>.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Husna, ramai yang tak suka rebung yang dah dijeruk..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.