▼
Rabu, 30 Julai 2014
Isnin, 28 Julai 2014
Salam Aidilfitri 1435H
Ramadhan 1435H telah melabuhkan tirainya.
Terasa betapa pantasnya masa berlalu.
Terlerailah sudah ikatan syaitan
yang akan kembali melakukan kerja² asalnya.
Para penghuni kubur juga kembali kepada asalnya.
Doakan mereka yang telah pergi mendahului kita.
Kini, fajar Syawal telah menjengah.
Kita kembali kepada fitrah.
Moga dosa² kita diampunkan.
Dan, nama kita tercatat indah di pintu Syurga.
Sepuluh jari disusun
Memohon ampun dan maaf
atas segala kekhilafan diri.
Andai kata membekas lara
Andai tingkah menoreh luka
Andai bicara menikam jiwa
Ampun dan maaf dipinta.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin
Taqabalallahuminna waminkum
Moga dapat bertemu lagi denganmu ya Ramadhan
Daripada:
Ibu sekeluarga

Ahad, 27 Julai 2014
Amalan Malam Hari Raya
Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.
Huraian Hadith:
- Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah S.W.T.
- Sebaliknya orang-orang yang kufur engkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa dengan sebuiruk-buruk balasan.
Sabtu, 26 Julai 2014
Ucapan Aidilfitri
Berikut adalah antara ucapan sempena Aidilfitri
yang bakal disambut esok.
Pilihlah ucapan untuk dikirimkan kepada
saudara mara serta handai taulan.
Ada tikanya..
MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf mentafsir, dan..
HATI tersilap menduga.
Mohon maaf atas segalanya
Salam Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin.
Tangan dihulur maaf dipinta,
Salah dan silap harap dilupa,
Erat silaturahim sesama kita,
Ceria dan gembira di hari mulia.
SALAM AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin.
Kata Imam Al-Ghazali:
Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Tangan dihulur pohon kemaafan.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.
Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal di hati.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.
Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Kuhulurkan salam menyambut Aidilfitri.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.
Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan, jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.
Ramadhan kini beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Mohon dimaafkan kekhilafan diri,
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.
Jambangan indah lagi Berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dikirim pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.
Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kini mengganti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Moga kesalahan akan dimaafi.
SALAM AIDILFITRI.
Maaf dipinta andainya..
Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpinjam harta benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.
Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Biar hati sejernih air,
Jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah saya belum berakhir,
Harap diampun dengan rasa syukur.
Jika budi dipenuhi ikhlas,
Janganlah ia disulam tuba,
Jika salah masih berbekas,
Harap diampun di hari raya.
Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Harap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki yang tidak disisih.
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN dan MAAF ATAS SEGALANYA
SALAM AIDILFITRI
Khamis, 24 Julai 2014
Ayam Goreng Bersos Lemon
Assalamualaikum, diharap semuanya sihat walafiat.
Hari ni ibu nak bercerita pasal masak².
Maaf ye sebab tepek gambar makanan di bulan puasa ni.
Tiada niat lainpun, sekadar coretan kenangan buat ibu sekeluarga.
Hampir sebulan berpuasa barulah berkesempatan bercerita pasal masak².
Walaupun setiap hari ibu memasak untuk juadah berbuka namun tak berkesempatan untuk berkongsi cerita di sini.
Dah jadi kebiasaan bagi ibu, balik dari sekolah terus kemas² rumah.
Lepas tu rehat sekejap. Pukul 6 baru sempat ke dapur.
Masakpun yang mudah² je. Elok siap masak,
azan Maghrib dah berkumandang.
Tak sempatlah nak bergambar bagai.
Ayam Goreng Bersos Lemon inipun bukanlah juadah berbuka kami.
Ude yang masakkan beberapa hari sebelum Ramadhan.
Ayam Goreng Bersos Lemon
Gambar yang kurang menjadi dek pencahayaan yang romantik di mahligai ini.
Resipi Ayam Goreng Bersos Lemon
Bahan-bahan:
- Isi ayam
- Tepung jagung
- 1 biji telur ayam
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
Bahan sos:
- 2 biji lemon - ambil jus
- 2 sudu tepung jagung
- 1/2 cawan air
- Gula secukup rasa
Cara Memasak:
- Isi ayam digaul bersama telur serta garam dan gula. Perap seketika.
- Gaul isi ayam dengan tepung jagung lalu digoreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sos, panaskan air bersama jus lemon dan gula secukupnya.
- Pekatkan sos dengan tepung jagung yang telah dibancuh air.
- Curahkan ke atas daging ayam tadi atau boleh dihidangkan berasingan.
Selamat mencuba..
Rabu, 23 Julai 2014
Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Aidilfitri 2014
Cepat benar masa berlalu. Hanya beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Ramai yang begitu teruja menunggu kedatangan Syawal. Masing-masing dah berkira-kira untuk pulang berhari raya di kampung. Tak kisahlah di mana anda menyambut raya, yang penting rancanglah perjalanan lebih awal.
PLUS menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25, 26 dan 27 Julai serta 1, 2 dan 3 Ogos setiap hari. Oleh itu, pengguna jalan raya digesa merancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS,” tambah Noorizah.
Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat² mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Jadual TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan² utama lebuh raya, plaza² tol dan kawasan rehat pada waktu² puncak.
Selain Jadual TTA, PLUS
turut mengambil beberapa langkah tambahan seperti memperkenalkan portal PLUS Trafik untuk penyaluran maklumat
trafik terkini serta memperkenalkan rondaan motosikal bagi perkhidmatan
bengkel bergerak di beberapa lokasi strategik di lebuh raya.
PLUS menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25, 26 dan 27 Julai serta 1, 2 dan 3 Ogos setiap hari. Oleh itu, pengguna jalan raya digesa merancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS,” tambah Noorizah.
Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat² mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Jadual TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan² utama lebuh raya, plaza² tol dan kawasan rehat pada waktu² puncak.
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Aidilfitri 2014
PLUS turut meningkatkan jumlah kakitangan dan membuka lebih banyak lorong di plaza² tol, meningkatkan jumlah pasukan PLUSRonda dan lain-lain lagi - Laman Web PLUS
Selasa, 22 Julai 2014
Saat Musibah Menyapa...
Sekecil manapun musibah yang menimpa, sering kita bertanya kepada diri, "Mengapa jadi begini?" atau "Mengapa aku?" atau "Apakah salah aku?". Tidak kurang juga, segala musibah disambut dengan rasa terkejut, kecewa, sedih mahupun marah.
Bukankah tatkala dilanda musibah, Rasulullah SAW telah menganjurkan kita agar mengucapkan
Bukankah tatkala dilanda musibah, Rasulullah SAW telah menganjurkan kita agar mengucapkan
Yakinilah, Allah tidak menzalimi hamba-Nya. Renunglah dengan cahaya
hati. Sesungguhnya setiap musibah dan ujian adalah bukti kasih
sayang Allah kepada kita. Musibah yang menimpa adalah seruan untuk
hamba itu kembali ke dalam dakapan-Nya. Ya, Allah amat menyayangi hamba-hamba-Nya.
Insya-Allah pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.
Ketika ditimpa musibah dan cubaan, renungkanlah bahawa...
Ps: Peringatan buat diri sendiri...
Ketika ditimpa musibah dan cubaan, renungkanlah bahawa...
- Manusia dan hartanya adalah milik Allah. Setiap satunya akan kembali kepada penciptanya.
- Allah akan menggantikan sesuatu yang hilang dengan yang lebih baik.
- Mengeluh hanya akan menambah derita, bukan menghilangkan musibah.
- Berkeluh kesah hanya membuatkan musuh kita senang manakala Allah akan murka.
- Sabar dan mengharap pahala itu lebih besar ganjarannya daripada mengharap yang telah hilang itu kembali.
- Sikap redha terhadap musibah disenangi Allah.
- Allah tidak akan menimpakan musibah untuk membinasakan hamba-Nya, bahkan untuk menguji kekuatan iman hamba-Nya.
- Musibah datang untuk menghindarkan kita daripada sifat riak dan sombong.
- Adalah lebih baik merasai kepahitan hidup di dunia untuk mendapatkan kelazatan kehidupan di akhirat.
Ps: Peringatan buat diri sendiri...
Ahad, 20 Julai 2014
Tiada Lagi Gema Beduk
Zaman sekarang rasanya tidak ramai yang kenal apa itu beduk. Namanya sahaja mungkin sudah cukup asing bagi anak² zaman ini. Beduk atau juga dikenali sebagai tabuh merupakan sebuah gendang yang digunakan bagi menandakan masuk waktu solat di surau atau masjid pada zaman dahulu.
Pada kebiasaannya bingkai beduk diperbuat daripada kayu batang pokok nangka yang ditebuk. Sebelah bukaannya dipasang belulang daripada kulit lembu sebagai bahan bunyi manakala sebelah lagi dibiarkan terbuka.
Gema beduk pasti membangkitkan nostalgia buat insan seusia ibu. Ibu membesar dengan paluan beduk yang menjadi penggera utama bagi menandakan masuknya waktu sembahyang fardhu. Beduk juga berperanan penting sepanjang bulan Ramadhan bagi menandakan waktu berbuka puasa dan mengejutkan penduduk kampung untuk bangun suhur. Selain itu, beduk juga dipalu bagi menandakan nampaknya anak bulan Ramadhan dan Syawal. Pukulan beduk ini juga menjadi isyarat kecemasan atau pemberitahuan jika berlaku kematian.
Tanpa disedari, amalan memukul beduk meninggalkan kita secara perlahan-lahan. Teknologi dan zaman makin melenyapkan amalan ini. Tempatnya kini diambil alih oleh beraneka irama dari telefon pintar. Hakikatnya, amalan memukul beduk di surau atau masjid telah lenyap. Kalau ada pun mungkin hanya di kampung² kecil dan di kawasan pedalaman.
Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tak mungkin dapat diulang kembali. Kenangan yang menjadi nostalgia buat generasi yang pernah melalui zaman itu. Sesungguhnya, ibu amat berbangga
kerana pernah menjadi sebahagian daripada
zaman yang sudah berlalu itu.
Ps: Mungkinkah bunyi paluan beduk akan bergema kembali dalam kehidupan masyarakat kita?
Pada kebiasaannya bingkai beduk diperbuat daripada kayu batang pokok nangka yang ditebuk. Sebelah bukaannya dipasang belulang daripada kulit lembu sebagai bahan bunyi manakala sebelah lagi dibiarkan terbuka.
Gema beduk pasti membangkitkan nostalgia buat insan seusia ibu. Ibu membesar dengan paluan beduk yang menjadi penggera utama bagi menandakan masuknya waktu sembahyang fardhu. Beduk juga berperanan penting sepanjang bulan Ramadhan bagi menandakan waktu berbuka puasa dan mengejutkan penduduk kampung untuk bangun suhur. Selain itu, beduk juga dipalu bagi menandakan nampaknya anak bulan Ramadhan dan Syawal. Pukulan beduk ini juga menjadi isyarat kecemasan atau pemberitahuan jika berlaku kematian.
Kredit foto: Google image
Tanpa disedari, amalan memukul beduk meninggalkan kita secara perlahan-lahan. Teknologi dan zaman makin melenyapkan amalan ini. Tempatnya kini diambil alih oleh beraneka irama dari telefon pintar. Hakikatnya, amalan memukul beduk di surau atau masjid telah lenyap. Kalau ada pun mungkin hanya di kampung² kecil dan di kawasan pedalaman.
Sabtu, 19 Julai 2014
Qunut Nazilah
Sejak semalam banyak mesej yang diterima melalui aplikasi whatsapp yang memohon doa buat rakyat Gaza. Hari ini, Israel laknatullah dijangka menyerang Gaza secara besar-besaran. Allah!
Marilah kita sama² menadah tangan, memanjatkan doa untuk saudara² kita di Palestin dengan membaca Qunut Nazilah.
Kita digalakkan membaca Qunut Nazilah ketika didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti kezaliman, penganiayaan, ketakutan, ditimpa wabak dan sebagainya supaya kita dilindungi Allah.
Berikut dikongsikan cara membaca Qunut Nazilah yang dirujuk dari laman web Jakim.
Cara Membaca Qunut Nazilah
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
Peringatan:
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.

- Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
- Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran.
- Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.
Peringatan:
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.
Maksudnya:
Ya Allah, Sesungguhnya kami bermohon pertolongan-Mu,
kami meminta ampun kepada-Mu, kami memohon petunjuk dari-Mu, kami
beriman kepada-Mu, kami berserah kepada-Mu dan kami memuji-Mu dengan
segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri-Mu, kami
melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada-Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat
dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap
rahmat-Mu dan kami takut akan azab-Mu kerana azab-Mu yang sebenar akan
menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di
mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala,
peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari
segala bala kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan
Engkau, ya Allah.”
Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Jumaat, 18 Julai 2014
Tragedi MH17
Sekali lagi seluruh dunia tersentak. Belumpun reda dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, malam tadi kita dikejutkan dengan satu lagi tragedi dahsyat yang melibatkan Pesawat Malaysia Airlines apabila pesawat Boeing 777 MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Dugaan buat kita, seluruh rakyat Malaysia.
Ibu mengetahui tentang kejadian ini semasa bangun sahur pukul 4.30 pagi tadi. Allahu akhbar! Sukar untuk mempercayainya, namun itulah ketentuan Allah. Apa² sahaja boleh berlaku dengan izin-Nya.
MH17 DITEMBAK
295 penumpang, anak kapal terbunuh
Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.
Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam,
Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua
penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.
MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine. (sumber:Berita Harian)

Kejadian ini berlaku hanya sepuluh hari sebelum kita menyambut Aidilfitri. Ibu amat bersimpati dan turut merasai kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Moga mereka tabah dengan dugaan ini.
Ps: Satu lagi ujian Allah buat kita. Namun, usah sama sekali kita mengalih perhatian terhadap isu GAZA. Teruskan menyumbang dan berdoa buat saudara² kita di sana.
Ps: Satu lagi ujian Allah buat kita. Namun, usah sama sekali kita mengalih perhatian terhadap isu GAZA. Teruskan menyumbang dan berdoa buat saudara² kita di sana.
Rabu, 16 Julai 2014
CPUV 118 | Fashion Pitch / Writer Unleashed
Alhamdulillah. Semalam dapat satu lagi CPUV iaitu yang ke-5 bagi bulan Julai. Bermakna sekarang ada lima CPUV yang sedang on going. Moga kesemuanya dapat bertahan lama di sini.
Fashion Pitch / Writer Unleashed
MyCreative Ventures Sdn Bhd sedang melancarkan Pertandingan MyCreative Writers Unleashed: Pencarian Manuskrip Terbaik. Pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia. Hadiah wang tunai sehingga RM 12 500 ditawarkan untuk para pemenang. 5 pemenang manuskrip terbaik akan menerima RM2,000 beserta sijil penghargaan setiap seorang manakala 5 pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 beserta sijil penghargaan setiap seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Ogos 2014.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pertandingan, sila lawati laman web berikut:
MyCreative Ventures Sdn Bhd juga melancarkan Pertandingan Fesyen Picth II. Fesyen
Pitch menyediakan ruang untuk
pereka fesyen muda, pengamal dan peminat fesyen untuk
merealisasikan impian untuk memiliki label fesyen mereka sendiri. Finalis
berpeluang mempersembahkan secara langsung di atas
pentas dan berpeluang mendapatkan pinjaman perniagaan berjumlah RM2 juta dari MyCreative.
Tarikh tutup pertandingan adalah pada 27 Julai 2014.
Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan, sila layari laman web berikut:
Terima kasih Nuffnang dan MyCreative Ventures Sdn Bhd yang sudi beriklan di sini. Terima kasih juga kepada para pengunjung dan pembaca blog ini.
Ps: Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi berkunjung dan meninggalkan komen. Maaf dipinta kerana sejak akhir-akhir ini ibu tidak berkesempatan untuk bw. Insya-Allah, ibu akan cuba mencari ruang untuk membalas komen² kalian.
Selasa, 15 Julai 2014
Salam Nuzul al-Quran
Assalamualaikum. Hari ini dah 17 hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Salam Nuzul al-Quran buat semua muslimin dan muslimat. Seperti kebiasaannya, sudah pasti hari Nuzul al-Quran ini disambut dengan majlis-majlis
ibadah sama ada di masjid, surau, rumah atau di mana sahaja sebagai tanda
kecintaan hamba terhadap al-Khaliq.
Kita masih berada dalam fasa kedua bulan Ramadhan iaitu fasa maghfirah (keampunan). Marilah sama-sama kita mengambil kesempatan ini sebaik mungkin untuk memohon keampunan daripada Allah SWT atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Peristiwa Nuzul al-Quran
Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang
yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan
kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad)
dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan
manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha
Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-‘Alaq:1-5)
Isnin, 14 Julai 2014
CPUV | Waku Doki Campaign
Alhamdulillah, hari ini Ibu Berbicara mendapat satu lagi CPUV baru dari Nuffnang. Waku Doki Campaign dari Toyota ini baru bermula hari ini. Ini adalah kempen yang ke-4 bagi bulan Julai dan yang ke-117 sepanjang berdaftar dengan Nuffnang.
Jika ingin tahu lebih lanjut tentang Waku Doki Campaign, bolehlah berkunjung ke http://www.wakudoki.asia
Terima kasih Nuffnang, terima kasih Toyota kerana sudi beriklan di sini. Tidak lupa, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan para pengunjung dan pembaca blog ini.
Ahad, 13 Julai 2014
Along dan Program 3R
Assalamualaikum dan salam mesra.
Selamat berhujung minggu buat semua.
Ini cerita basi. Terperap bukan sehari, bukan dua hari tapi dah berminggu². Hari ini baru sempat menyudahkan karangan.
Sebenarnya ini cerita 2 dalam 1. Cerita tentang Along dan aktiviti sekolah ibu. Pada 25 Jun yang lalu, sekolah ibu dipantau untuk Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) peringkat negeri Pahang. Sempena pemantauan tersebut, pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mengadakan pameran dan ceramah untuk warga sekolah.
Pihak PPSPPA menghantar 3 orang wakil untuk mengendalikan pameran dan ceramah tersebut. Dua orang wakil dari PPSPPA Pahang dan seorang lagi dari cawangan Jerantut. Along yang sedang menjalani latihan praktikal di PPSPPA adalah salah seorang daripadanya.
Pameran dan ceramah adalah berkaitan dengan amalan 3R; reuse, reduce, recycle. Pameran diadakan dari pukul 8 hingga 10.30 pagi manakala ceramah diadakan pada pukul 10.30 hingga 1.00 tengah hari.
Selepas ceramah, diadakan majlis penyampaian hadiah untuk pemenang bagi program kitar semula bagi bulan Februari hingga Jun 2014. Sekolah ibu telah menyertai program kitar semula ini sejak tahun lepas lagi.

Dua hamper untuk kelas ibu yang diumumkan sebagai pemenang
bagi bulan Februari dan Mei.
Along menerima cenderamata daripada Guru Penolong Kanan, Puan Rosazimah yang ibu panggi Kak Zie. Kak Zie baru beberapa bulan bertugas di sekolah ibu. Kami pernah bertugas bersama² di sekolah tempat ibu posting dulu. Semasa mengandungkan Along, ibu berpindah ke Johor. Tak sangka pulak Along boleh berjumpa dengan Kak Zie akhirnya.
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu.
"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"
Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com |
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini.
PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org.
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen.