Rabu, 23 Julai 2014

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Aidilfitri 2014

Cepat benar masa berlalu. Hanya beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Ramai yang begitu teruja menunggu kedatangan Syawal. Masing-masing dah berkira-kira untuk pulang berhari raya di kampung. Tak kisahlah di mana anda menyambut raya, yang penting rancanglah perjalanan lebih awal.

PLUS menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25, 26 dan 27 Julai serta 1, 2 dan 3 Ogos setiap hari. Oleh itu, pengguna jalan raya digesa merancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS,” tambah Noorizah. 

Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat² mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

Jadual TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan² utama lebuh raya, plaza² tol dan kawasan rehat pada waktu² puncak.



Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Aidilfitri 2014
Selain Jadual TTA, PLUS turut mengambil beberapa langkah tambahan seperti memperkenalkan portal PLUS Trafik untuk penyaluran maklumat trafik terkini serta memperkenalkan rondaan motosikal bagi perkhidmatan bengkel bergerak di beberapa lokasi strategik di lebuh raya.
PLUS turut meningkatkan jumlah kakitangan dan membuka lebih banyak lorong di plaza² tol, meningkatkan jumlah pasukan PLUSRonda dan lain-lain lagi - Laman Web PLUS

3 ulasan:

  1. Kena ikut waktu cadangan ini. Harap-harap berhasil dan dapat elak kesesakan nanti.

    BalasPadam
  2. ini yang guna PLUS kan. macam saya guna jalan Grik kena elak dari hadapi di waktu siang yang akan jem bila dah masuk kelantan

    BalasPadam
  3. 1.5 juta tu baru PLUS. Yang ke Pantai Timur ni berapa juta agaknya. Semoga dipermudahkan perjlnn kita semua..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.