Rabu, 2 Julai 2014

Biarlah Apa Orang Kata


Dalam hidup ini tak perlulah kita terlalu risau bagaimana orang lain memandang kita. Apa yang lebih penting adalah memberikan fokus bagaimana kita melihat dan menilai diri kita sendiri. Jika kita benar² yakin bahawa apa yang kita buat adalah berdasarkan prinsip yang betul, maka kita harus bertegas dengannya. 

Namun elok sekiranya kita menjelaskan mengapa kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan kepada mereka yang terlibat sekiranya mereka mahu mendengar atau berbincang. Jika mereka menolak pilihan kita itu, maka itu adalah urusan mereka. Kita hanya perlu menyampaikan dengan cara yang terbaik di samping berdoa supaya Allah membukakan hati mereka agar mereka juga diberikan petunjuk.

Walau bagaimanapun, jangan pula kita berkompromi dengan meninggalkan sesuatu yang benar semata² kerana takut kehilangan kawan atau pun takut digelar sebagai kolot, antisosial dan sebagainya. Apa sahaja keputusan yang kita ambil, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah pandangan Allah SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia. Letakkan fokus terhadap persiapan kita sebelum bertemu Allah SWT.
Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..Apa pon kita kena ikhlaskan setiap tindak tanduk kita. Kita yakin Allah tahu apa yang kita buat dan biarkan orang-orang yang hanya pandai kata bila dia di tempat kita baru tahu bagaimana rasanya.
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2013/02/orang-selalu-pandang-negatif-dengan-apa.html#sthash.P9pImGeC.dpuf
Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..Apa pon kita kena ikhlaskan setiap tindak tanduk kita. Kita yakin Allah tahu apa yang kita buat dan biarkan orang-orang yang hanya pandai kata bila dia di tempat kita baru tahu bagaimana rasanya. - See more at: http://www.akupenghibur.com/2013/02/orang-selalu-pandang-negatif-dengan-apa.html#sthash.P9pImGeC.dpuf
Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..Apa pon kita kena ikhlaskan setiap tindak tanduk kita. Kita yakin Allah tahu apa yang kita buat dan biarkan orang-orang yang hanya pandai kata bila dia di tempat kita baru tahu bagaimana rasanya. - See more at: http://www.akupenghibur.com/2013/02/orang-selalu-pandang-negatif-dengan-apa.html#sthash.P9pImGeC.dpuf

Ps: Peringatan buat diri sendiri yang sering alpa

7 ulasan:

  1. Betul tu akak. Kita buat sahaja. Allah yang bagi ganjaran pahala. Orang biarlah apa yang mereka nak kata. Selamat berpuasa akak.

    BalasPadam
  2. buat apa yg Allah kata..bukan orang kata ( Ustaz Fawwaz Md Jan, 2014)

    BalasPadam
  3. betul Ibu. Jangan takut dengan manusia tetapi takutlah pada pencipta.

    BalasPadam
  4. mungkin boleh disampaikan dengan elok2 tp kalau dah diorang tak nak dengar terpulanglah..itu hak mereka kan..
    tak semua org benar di pihak yg benar, dan tak semua org salah di pihak yg salah..:)

    BalasPadam
  5. terima kasih atas entry ini..

    BalasPadam
  6. Betul betul betul....pedulikan apa orang nak kata...asalkan kita tahu kita buat perkara betul... :)

    BalasPadam
  7. betul tuh...pdlikn la oe org nk ckp

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.