Ahad, 31 Ogos 2014

Salam Kemerdekaan ke-57

Hari ini genap 57 tahun kemerdekaan tanah air tercinta ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para pejuang kemerdekaan yang telah mewariskan kepada kita sebuah negara yang merdeka, sebuah negara yang aman, bebas dan makmur. 

Sesungguhnya nikmat yang kita kecapi hari ini tidak datang begitu sahaja sebaliknya diperoleh dengan pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh oleh generasi yang terdahulu. Jasa dan pengorbanan yang tidak terhingga nilainya dan legasi yang tidak sedikit kesannya ini patutlah kita hargai. 

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kemerdekaan bermakna kita memberikan sepenuh komitmen dan sentiasa mempunyai kasih sayang yang mendalam untuk negara tanah tumpah darah kita. Sama-sama kita tunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ini melalui komitmen yang tinggi untuk berbakti kepada tanah air melalui bidang dan cara masing-masing. Sama-samalah kita pelihara keamanan dan kestabilan negara ini melalui pemupukan semangat persefahaman dan toleransi yang tinggi. Sama-samalah kita bina kekuatan tanpa mengira siapa kita. 

Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke-57. Semoga bumi Malaysia sentiasa dibawah perlindungan Allah, semoga kita sentiasa diberikan rahmat dan kasih sayang-Nya dan sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.


Salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Malaysia...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.




2 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.