Selasa, 8 Disember 2015

Kenangan Manis 2015


Petang ini cerita ibu berkisar tentang gambar ini. Inilah kontinjen olahraga Sekolah Kebangsaan Temin 2015 yang sekali lagi telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Gambar ini diambil selepas selesai Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Damak 2015 yang diadakan pada 5 Mac yang lalu. Cerita basi sebenarnya, namun biarlah kenangan manis ini ibu abadikan di sini. 

23 orang peserta membawa nama Sekolah Kebangsaan Temin ke kejohanan sehari ini. Tahun ini sekolah ibu menjadi tuan rumah. Persiapan latihan pada tahun ini tidaklah sebaik tahun lepas di mana kami telah dibantu oleh dua orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. 

Namun demikian, dengan semangat berkobar² para atlet dan para jurulatih serta sokongan padu guru² dan murid², kontinjen sekolah ibu telah berjaya menggondol beberapa anugerah utama. Selain menjadi johan keseluruhan untuk tiga tahun berturut², atlet sekolah ibu juga telah terpilih sebagai olahragawan, olahragawai dan olahragawan harapan.

Sebagai ketua jurulatih, kejayaan ini sudah tentu amat menggembirakan. Moga ibu terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus melatih anak² murid yang bakal mewakili sekolah pada tahun hadapan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.