Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Hari ni ibu nak nak sorot kembali
sejarah kehadiran anak² bulus di teratak kami. Dah lama anak² memujuk ibu untuk
memelihara kucing namun ibu tak setuju. Bukan tak suka kucing tapi banyak
perkara yang perlu diambil kira kerana bukan mudah nak pelihara kucing ni.
Teratak kami hanyalah sebuah rumah
teres, tak ada kawasan bertanah. Yang ada hanyalah tanah dalam pasu. Sudah
tentu banyak masalah terutama bab nak 'membuang'. Namun, anak² ibu terus
memujuk dan masing² beri jaminan untuk memastikan segalanya berjalan dengan
baik. Akhirnya, ibu setuju setelah Faiq meminta hadiah anak kucing untuk
kecemerlangannya dalam peperiksaan ketika itu.
Januari 2014,
Along bawa balik Puteh
dari rumah sewanya di Kuala Terengganu. Ketika itu usianya baru 3 bulan. Kata
Along bimbang nak tinggalkan Puteh sebab semua penghuni rumah sewanya akan
pulang bercuti di kampung. Ibunya pulak selalu menghilangkan diri membiarkan si
anak sendiri.
Gembiranya anak² ibu menerima kehadiran Puteh
umpama menyambut kehadiran seorang bayi dalam keluarga. Yang mengejutkan, encik
ayah pun bukan main lagi melayan Si Puteh ni, mengalahkan layanan kepada anak²
sendiri. Kalau boleh makanpun nak bersuap
Montelnya Puteh masa ni.
Tak sampai hati nak pisahkan dengan ibunya tapi terpaksa demi keselamatan.
Comel, lincah dan manja
Ketika inilah, langsir pintu jadi tempat dia berlatih memanjat. Hajat ibu nak tukar langsir terpaksa dilupakan.
Merajuk sebab tak dapat keluar rumah.
Masa ini suka sangat dia duduk kat bumbung rumah. Banyak kali jugalah dia tak boleh turun sendiri. Terpaksalah encik ayah jadi penyelamat.
Muka serius sepanjang masa
Belum siap ibu balut kotak ni, dia dah lepak kat dalam dengan muka selamba.
Masa kita basuh atau sidai baju dia pun sibuk juga nak masuk dalam bakul.
Masa kita basuh atau sidai baju dia pun sibuk juga nak masuk dalam bakul.
Berehat selepas balik dari jalan²
Sejak kecil, Puteh tak suka terkurung di dalam rumah.
Kami biarkan dia bebas di luar rumah. Kebiasaannya, dia tidur di bawah kereta.
Pukul tiga atau empat pagi barulah dengar dia mengiau nak masuk ke rumah.
Ini gambar terbaru yang ibu snap petang tadi.
Kehadiran kucing lain di rumah ini menyebabkan Puteh jarang lekat di rumah. Sensitif betul dia.
MasyaAllah, comelnyaaaa..
BalasPadamSi Puteh macam ada janggut la :)
BalasPadam