Rabu, 30 November 2016

Iri Hati & Hasad Dengki


Kita semua ni tak sempurna. Tujuannya untuk melengkapi satu sama lain. Namun yang berlaku sebaliknya. Ada antara kita yang tidak berpuas hati dengan kejayaan orang lain. Ada pula yang cemburu dengan kesenangan orang lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati. 

Orang yang ada kedua² sifat ni tak pernah rasa tenang dan tenteram kerana sentiasa berasa serba kekurangan berbanding orang lain. Kejayaan dan kegembiraan orang lain menjadi barah buat mereka. Di mata mereka, apa yang orang lain buat selalu tak kena Hal ini demikian kerana mereka tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Meh kita pujuk² hati agar bersyukur dengan anugerah Ilahi. Insya Allah, kegembiraan orang lain akan menggembirakan kita, kebahagian orang lain juga akan membahagiakan kita. Barulah hidup tenang dan tenteram.




1 ulasan:

  1. erm.... kita mesti sucikan hati selalu.... lau dah hati kita suci, kita mudah think positif dan insyaaAllah aura positif dan org2 yang positif akan mendekati kita....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.