Khamis, 1 Disember 2016

Pentas Hari Anugerah Cemerlang

السلام عليكم

Selamat Pagi semua.

Minggu lepas, 23 November 2016 adalah majlis Hari Anugerah Cemerlang sekolah ibu. Seperti biasa, ibu ditugaskan untuk menghias pentas bersama dua lagi rakan guru. Sejak berpindah ke sekolah ini kira² sembilan tahun lalu, tugas ini begitu sinonim dengan ibu. Sejujurnya, ibu senang dengan tugas ini kerana ia mencabar kreativiti.

Kerja² menghias pentas hanya dibuat sehari sebelum majlis kerana ibu dan seorang lagi rakan ajk sibuk menyiapkan sijil berhenti sekolah dan mengemas kini fail peribadi murid untuk diserahkan kepada murid tahun 6 pada hari terakhir persekolahan.

Tahun ini hiasan pentas dibuat ala kadar je kerana tiada peruntukan macam tahun² sebelum ini. Dengan bermodalkan kertas putih dan kertas pelbagai warna bersaiz A4, inilah hasilnya... 

hiasan-pentas 

Kerja² melipat dan menggulung kertas dimulakan lebih kurang pukul 9 pagi dengan bantuan murid tahun 6. Kipas² hiasan dan gulungan kertas ini siap ditampal di latar belakang pentas lebih kurang pukul 1.30 tengah hari. Rama² berwarna putih tu ibu siapkan di rumah dan ditampal keesokannya sebelum majlis bermula.

Alhamdulillah, dapat juga kami menyiapkan hiasan pentas yang serba ringkas ini.

Sekian, jumpa lagi.  
Assalamualaikum.
  

3 ulasan:

  1. Kita sama kak mie. Melipat, mengulung, membungkus....semua buat sndiri bersama rakan2.

    BalasPadam
  2. Cikgu pun kena kreatif bila jabatan mengetatkan kos yg terhad
    Tapi hasilnya membanggakan. Yg dtg melihat pun ceria:)
    Tahniah cikgu.

    BalasPadam
  3. walalupun hanya menggunakan kertas je hasilnya sungguh mengagumkan. tahniah kak. cantik !!

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.