Sabtu, 10 Disember 2011

NuRiN dHiYa...


Inilah anak saudara ibu yang ke-19. Baru enam hari melihat dunia ni. Setakat ni nama belum ada lagi. Ibu & ayahnya tengah pening nak pilih nama. hehe.. Setakat ni hanya pangkal nama je yang dah hampir pasti; Nurin Dhiya.

Ibulah yang pangku Nurin sepanjang perjalanan balik dari klinik. Memang geram tengok sebab montel je pipinya. Lama dah tak pegang baby lama2 macam tu. Kali akhir masa pegang Faiq, permata hati kelima ibu. Dah 8 tahun pun usianya.

Hari keempat, ibu bawa Nurin ke hospital untuk pemeriksaan darah.. Biasalah kalau baby baru lahir, tentulah jaundice. Alhamdulillah bacaannya tak tinggi sangat. Jadi Nurin tak perlu tinggal di wad.

Sebenarnya, tahun 2011 anak saudara ibu bertambah 3 orang lagi. Apa2 pun setakat ni belum ada adik2 ibu yang berjaya menewaskan ibu. hehe.. Ibu masih juara dengan 5 orang permata hati ibu.

P/s: Dah beberapa kali Faiq berbisik. Katanya dia nak baby. huwaaaaaaa

3 ulasan:

  1. hehehehehhe.... last statement buat mama tergelak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibunyapun memang teringin..tapi faham2 jelah.. bukan muda lagi.. hehe

      Padam
  2. Comel.. Kalau boleh lg apa salahnya kan ;)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.