Inilah anak saudara ibu
yang ke-19. Baru enam hari melihat dunia ni. Setakat ni nama belum ada
lagi. Ibu & ayahnya tengah pening nak pilih nama. hehe.. Setakat ni hanya
pangkal nama je yang dah hampir pasti; Nurin Dhiya.
Ibulah yang pangku Nurin
sepanjang perjalanan balik dari klinik. Memang geram tengok sebab montel je
pipinya. Lama dah tak pegang baby lama2 macam tu. Kali akhir masa pegang
Faiq, permata hati kelima ibu. Dah 8 tahun pun usianya.
Hari keempat, ibu bawa
Nurin ke hospital untuk pemeriksaan darah.. Biasalah kalau baby baru lahir,
tentulah jaundice. Alhamdulillah bacaannya tak tinggi sangat. Jadi Nurin tak perlu
tinggal di wad.
Sebenarnya, tahun 2011
anak saudara ibu bertambah 3 orang lagi. Apa2 pun setakat ni belum ada adik2
ibu yang berjaya menewaskan ibu. hehe.. Ibu masih juara dengan 5 orang permata
hati ibu.
P/s: Dah
beberapa kali Faiq berbisik. Katanya dia nak baby. huwaaaaaaa
hehehehehhe.... last statement buat mama tergelak
BalasPadamIbunyapun memang teringin..tapi faham2 jelah.. bukan muda lagi.. hehe
PadamComel.. Kalau boleh lg apa salahnya kan ;)
BalasPadam