Alhamdulillah, anak saudara ibu, Faizal telahpun selamat
diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nazirah. Majlis akad nikah telah
diadakan pada malam Sabtu di kediaman pengantin perempuan di Serendah,
Selangor. Persiapan perkahwinan Faizal telah ibu catatkan di sini dan sini.
Majlis kenduri dan persandingan telah diadakan semalam.
Selain Faizal dan Nazirah, turut bersanding ialah kakak Nazirah dan suaminya
yang telah bernikah sebulan yang lalu.
Faizal
dan Nazirah dalam persalinan berona ungu
Buat
Faizal dan Nazirah..
TAHNIAH!
dan
SELAMAT PENGANTIN BARU
Siang tadi ibu ke rumah adik ibu di Felda Tekam Utara 1,
Jerantut untuk persiapan majlis menyambut menantu yang akan diadakan pada hari
Sabtu minggu depan. Doakan agar segalanya berjalan lancar.